Selasa, 4 November 2014

Kenapa rakyat "meluat" sangat dengan JPJ..???

oleh AnakKedah007

 
 
SUMBER LINK FB : KLIK SINI

Sedih dan sayu kami lihatnya... kekadang bila baca komen rakyat di page JPJ tu terasa macam kesian pun ada... sedih pun ada... dan nak geleng kepala pun ada.... 

Bukannya apa jika dilihat apa yang dikatakan dalam komen-komen status tersebut ia kelihatan 99% pengguna dalam page JPJ tu menyokong akan tindakan yg dilakukan oleh sahabat diatas atas rasa kemeluatan terhadap pegawai JPJ... 

Ini dikatakan dek kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA...dan jika dilihat dengan komen distatus tersebut NILA ITU BUKANLAH SETITIK dah..berkemungkinan sudah jadi SETIMBA....

Jadi kepada sahabat yg berada di JPJ dan juga kepada RAKYAT JELATA yang terpaksa berurusan dengan JPJ kembalilah masing-masing menyuluh apa yang ada dalam diri...kembalilah kepada nilai-nilai murni antara saatu sama lain dan juga sifat bertoleransi serta budi bicara dalam kehidupan apabila satu sama lain berurusan......

masing-masing nak tunjuk cengei nak tunjuk hebat nak tunjuk kuasa..semua itu tak ada faedahnya...menambahkan dendam kesumat antara satu sama lain adalah lagi.....

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown unused dick says: org melayu islam ni terkenai satu donia jenis bangsa yang hati lembut (kecuali orang2 politik suka bertetak sama depa ja)penakut & suka tulong oghang (pasai tu bangsa asing & pendatang mudoh masok malaysia beniaga & ambek kesempatan)JADI kalu orang melayu tak tulong tu, aku ghasa ada menda tak betui tuh.. jadi bukan JPJ saja, jabatan penguatkuasaan laen pon sama kena benci jugak; kalu hak eksiden tu penguatkuasa DBKL, bukan kata kena ludah, siap kena kencin (kes Kg Chubadak laa).. so penguatkuasa, hangpa jangan marah rakyat, hangpa perbetui dulu kesilapan hangpa, kena terima rakyat melayu islam ni jenih orang baek tau.. hangpa yang zaliiim

Tanpa Nama berkata...

jpj- pilihlah masa dan jln yg sesuai. jgn kerana nak buat penguatkuasaan, mengganggu kelancaran lalulintas. nanti sumpah seranah je yg anda akan dpt drp org ramai. sia-sia..

Tanpa Nama berkata...

Ni baru kat dunia. Kat akhirat sok lagi teruks beb.
Org yg buat baik tu pun blom tntu d balas baik.

Dpan allah suk hanya teriakan "Robbana zolamna anfusana wa illam taghfirlana watarhamna lanaku nan na minal khosirinnnnnnn....
Nak mintak hdup balik nak betulkan diri?

Tanpa Nama berkata...

NILA ITU BUKANLAH SETITIK dah..berkemungkinan sudah jadi SETIMBA/sebesen... sebaldi....
kah kah kah !!!
sakit perut hamba...

ooo..
sikit komen/permintaan hamba...
dlm bab operasi khas tu..
xbleh ka.. tutup2 sblah mata ..
mcm biasa2 la.. buat2 xnampak sudah la.. ok..?

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman aku membuatkan aku benci jpj kerana tap nak terima pakai langsung budi bicara dan .... Pada hari tu aku bawa anak untuk berkhatan dihospital kerajaan, kereta aku memang ada hidup road tax. Masaalahnya aircond kancilku tak berfungsi. Kualiti road hampeh, tetiba ti sekatan tertiup terbang dek angin. Aku kata saya boleh bawa bukti geran kereta memang road tax hidup , x diendahnya bila aku mohon rayu x disaman kerana nak bawa anak berkhatan.MEMANG AKU BENCI KESUDAH DENGAN JPJ.ANDAI KU TEMU INSIDEN SEPOERTI NIPUN TAK LAH NAK LUDAH - TAK RASA NAK TOLONG.

Tanpa Nama berkata...

pasal kena juga saman nak hantar anak berkhatan, duit untuk kegunaan perubatan dan lain lain keperluan untuk sara diri buat aku terpaksa bayar saman kena batalkan nak bawa anak berkhatan. Aku bayar hari yang sama tapi jpj kata surat saman x boleh bayar lagi. Bdetul menyusahkan aku. Datang dikemudian hari bayar dan ingat dah selesai, rupanya jpj mempermainkan aku - panjang jika diceritakan....kalu sistem bas baik umpama singapore aku x pakai kereta, setakat kancil tu adalah keperluan.