Ahad, 7 September 2014

Apa beza 2 NGO ini...PasMa & Tautan Rahmat...???

 

Apa beza 2 NGO ini...PasMa & Tautan Rahmat...dua-dua ditubuh oleh ahli yang berada dalam PAS... Jika PasMa salah kenapa Tautan Rahmat tidak salah? Sedangkan Matlamat mereka untuk lihat dan menarik sokongan rakyat di bawah sokong PAS & PR...

Jika NGO Tautan Rahmat dipengerusikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree [AJK Kerja Pemuda PAS Pusat] berlandaskan Dakwah dan Kebajikan manakala NGO PasMa diketuai oleh Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi [Adun PAS Pengkalan Kundur] menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini.

Habis apa masalahnya dengan NGO PasMa ini... sedangkan yang satu lagi semua boleh cool sahaja..  Jika kedua-duanya untuk kepentingan parti apa yang perlu dirisaukan..kenapa perlu dicop itu ini kepada mereka yang terlibat dalam NGO tersebut..

Cuba sama-sama bergandingan mencari sokongan untuk kejayaan PAS & PR sudah pasti yang akan yang akan mendapat limpah kerahmatan dari ALLAH ialah RAKYAT dibawah..itu yg sebaik-baiknya...

Kami malas nak bercerita bab anda kumpulan sana.. awak kumpulan ini...ini nak jatuhkan PAS.. ini geng Ustaz sahaja... sudah2lah jangan dilihat kesilapan orang sedangkan ekoq kita pun penu dengan taik....

Khamis, 28 Ogos 2014

Adakah PAS sudah kembali menjadi Hang Tuah...!!??

 

Sekarang PAS berbicara mengenai perlunya menghormati institusi Raja Melayu dan betapa biadapnya DAP dan PKR terhadap Sultan. Baru dapat kuasa sikit dah naik kepala konon.

Nah, inilah cara PAS 'menghormati' institusi Raja Melayu ketika krisis Perak. Masa kena kat batang hidung dia, dia bergolek-golek di atas jalanraya menghalang kereta Sulta... 

walaupun pada masa tersebut Sultan sudah melakukan perkara yang betul dengan memanggil semua ADUN BN & PR dan bertanyakan mereka sokong siapa...selepas kata putus diambil maka tuanku berikan kuasa kepada BN sebab mereka majority.... 

Namun MB PR sewaktu itu melakukan 'sembah derhaka' kerana menyatakan sokongan kepada BN tidak boleh diterima kerana beliau sudah mengusulkan bubar dewan dan adun yang lompat itu sudah dipaksa dan diugut...

Bukan perkara ini yang hendak dibahaskan mengikut definasi perlembagaan dan undang-undang tapi yang pasti apa yang tuanku lakukan diwaktu tersebut dengan kuasa yang diberikan kepada beliau amatlah bertetapan sekali dan tak boleh di sangkal. Sebab itu kes tersebut sampai sekarang masih dihujah dalam mahkamah.

Hujah sekarang siapa yang ada kerusi majoriti dialah yang akan menerajui negeri. Berbalik kepada isu Selangor, kenapa PAS bermain tarik tali? bab ini kita kena tanya PAS lah.. 

Tapi yang pasti gerak kerja buat PAS sekarang ini ianya sudah menjadi tawar dan hilang manisnya serta ianya sudah mula dipertikaikan oleh segelintir para pengundi serta penyokong mereka sekali diatas keputusan yang berbolak balik ini...

Khamis, 21 Ogos 2014

Mungkin ini alasannya MB KEDAH tanam pokok kurma di Seri Mentalon

oleh AnakKedah007

 

Lama tak menulis aih.. mai nak cuit MB sikit pasai pokok kurma dia...Berkemungkinan inilah alasannya kenapa di Kediaman MB Mukhriz di tanam pokok kurma sekarang nie... al maklumlah dengan ada pokok kurma depan rumah nie mudahlah sikit nak petiknya, tak payahlah nak pergi jumpa Yussof Touyub lagik....

hangpa baca di bawahlah nak tau apa dia

 

KURMA UNTUK KECANTIKAN DALAMAN & LUARAN

1. Paling pantas diproses & diserap.

2. Kandungan serat yg tinggi membantu melancarkan pelawasan.

3. Menyeimbangkan kandungan air didalam tubuh.

4. Menguatkan minda.

5. Memudahkan proses kelahiran untuk ibu2 hamil.

6. Dikatakan juga penawar racun dan merawat pelbagai penyakit.

7. Mengatasi masalah sembelit.

8. Sebagai masker untuk menghaluskan kulit.

9. Sebagai scrub untuk menanggalkan kulit mati.

10. Makanan kesihatan yg popular sejak dahulu hingga kini.