Rabu, 8 Oktober 2014

Wahai PAS, PKR & DAP..sampai bila hangpa nak bercakaran nie?

Sampai bila PR mahu bercakaran?
 http://neilkillick.com/wp-content/uploads/2012/08/fight-spam.gif

Pas disifatkan silap besar sekiranya meneruskan niat untuk bercakaran dengan parti sekutunya dalam PR, PKR dan DAP.

Pemerhati politik menyifatkan, ketiga-tiga parti itu harus mengakui bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain bagi membentuk kuasa yang lebih kuat untuk mengalahkan musuh politik, BN.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Pas tidak seharusnya meneruskan percakaran dengan rakan komponennya demi tidak menjejaskan kepercayaan pengundi kepada pakatan itu dalam pilihan raya akan datang.

“Jika Pas keluar PR, memang DAP dan PKR akan terjejas. PR akan mempunyai kekuatan yang sendiri tapi tidak sama dengan adanya Pas di dalam itu.

“Jadi, mereka ini saling memerlukan dan melengkapi. Justeru Pas, saya percaya akhirnya akan sampai kepada kewarasan dan kebijaksanaannya untuk kekal dalam PR,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau turut mempersoalkan sampai bila parti-parti itu akan menghentam antara satu sama lain dan terus memburukkan keadaan.

“Sampai bila mereka harus saling menghentam? Pas hentam DAP atau PKR dan mereka pula menghentam Pas, ini tidak akan menyelesaikan masalah tapi akan memburukkan keadaan.

“Ia akan menjejaskan bukan saja reputasi Pas tapi kesemua parti komponen PR. Seterusnya merugikan kesemua pihak dalam PR itu.

“Jadi, yang menerima padahnya ialah PR, sebagai satu pakatan. Bukan saja untuk sekarang tapi pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat, luahan perasaan berapi Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang pada sidang Muktamar Pas yang lalu seolah-olah membuka laluan kepada pimpinan lain untuk turut bersuara.

“Saya lihat ulasan yang diberi Presiden Pas semacam memberi lampu hijau kepada pimpinan Pas yang lain untuk bersuara, bukan dia (Abdul Hadi) saja.

“Nampaknya, kalau begini keadaannya, saya rasa jangka hayat Pas dalam PR mungkin tidak lama,” katanya.

Menurutnya, keputusan Pas yang akhirnya tampil bersuara itu ekoran timbul rasa muak dengan tekanan demi tekanan yang dibuat parti rakannya itu ditambah dengan isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

“Saya rasa begitu (pimpinan Pas sudah muak dengan tekanan PKR dan DAP). Mereka dah muak dengan pelbagai...dah bosan kerana tidak ada pembaharuan ataupun tidak ada penyelesaian pun.

“Mereka hanya menyuarakan rasa tidak puas hati tapi penyelesaian tidak ada. Sepatutnya mereka ini kena duduk berbincang.

“Tapi saya difahamkan, pimpinan PR ini tidak bersemuka. Jadi susah juga untuk selesaikan masalah ini.

“Mereka ini hanya menyatakan rasa tak puas hati ini melalui media untuk melepaskan rasa itu,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi membidas pihak yang ‘mencuri’ dua Adun Pas bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Abdul Hadi mendakwa terdapat 'broker' dan 'barua' yang mencuri dua Adun Pas itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR itu untuk jawatan tersebut.

Sementara, pimpinan Pas seperti AJK Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nasrudin Hassan serta Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki lantang mengkritik DAP dan PKR termasuk mendakwa parti itu menjadi mangsa buli parti komponen PR.

Khamis, 2 Oktober 2014

Padam muka hangpa terimalah hadiah korban Najib 2 kupang tuu...

 
PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama.

Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak diduga.

Minyak naik 20 sen saja,
Kata menteri tahun ini tak naik la..
Ini dikira tipu rakyat jelata,
Rakyat didahulukan kena slogannya.


Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kena terus juga,
Takkan nak makan batu pula,
Segala belanja kena jimat sentiasa.

Minyak naik 20 sen saja,
Rakyat kenalah perlu biasa,
Jika nak membantah siapalah kita,
Tetap mencari rezeki untuk keluarga.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.

Minyak naik 20 sen saja,
Makan dan minum kena jaga,
Jangan mewah dengan harta,
Lama-lama boleh kurang juga.

Minyak naik 20 sen saja,
Berdoa pada Yang Maha Berkuasa,
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa,
Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.

Rabu, 1 Oktober 2014

Awat Ahli Majlis PAS kat Penang kena londeh sampai terra nie..???

Benarkah ada sorang Ahli Majlis ni kaki tidor? Abu Nawas @ Haji Abu AlHafiz bongkar sikap ahli majlis tersebut...

• Tengok betul betul lokasi dan pakaian dia dalam gambar di atas semuanya berbeza. Ini membawa maksud dia tidur selalu dalam mesyuarat

• Bukan sekali dia tidur dalam mesyuarat. Gambar tu pun dah bukti dia tidur dalam mesyuarat di 3 masa berbeza..

• Masalahnya dia ni kritik dasar yang dia buat sendiri. Dia ni ahli majlis. Orang yang membuat dasar kerajaan tempatan. dasar kerajaan tempatan bukan adun yg buat tapi ahli majlis. Dia la buat dasar tu. Lepas tu dia salahkan orang lain...

• Macam mesyuarat agung tiba tiba ajk sendiri yang kritik apa yang depa buat dalam mesyuarat agung. Pada hal semua aktiviti organisasi di luluskan oleh ajk...

• Sepatunya dia lawan apa yang dia rasa tak betul dalam mesyuarat yang dia juga turut terlibat.

• Yang terkini ialah mesyuarat bajet kerajaan tempatan utk tahun depan dia tak hadir. Habis macam mana...

• Dia nak tipu apa... nanti orang bongkar cerita dia bawa pemaju nak beli tanah orang kampung baru dia tau