Rabu, 26 November 2008

UMNO | BABI | TV3

Gambaq Hiasan-satgie hangpa ingat mak menakan aku plak...!!!

Salam semua,

Nie nak cerita pasai kes BABI lagi.. Semalam aku pie rumah mak menakan aku.. saja ada kerja sikit.. LALU borak la lebih kurang tajuk pasai aku pie jumpa dia.. bila dah habih kerja aku tu maka topic sembang pon pie kot lain la plak.. dan terlintas kat kepala aku nak tanya bab BABI kat dia bukan apa.. dia nie merupakan Salah seorang AJK WANITA UMNO kat taman dia.. kita tak lut dek peluru la apa yg aku dok tembak selama nie kat dia... LALU aku pon tanya kat dia.. " Camna CIK depa nak buat KANDANG BABI plak nie.."


Hangpa tau dia jawab paa... " GILA PAS nie.. dah batai tu batai la nak pindah pie KUALA NERANG pasai paa pulak..!" Tu dia jawpan dia terkejut berok jugak aku.. mai kot mana pulak KUALA NERANG nie...

Adusss banyak keja nak kena buat nie... kesudahan dia topic kami.... pakat2 pikaiq laa apa kesudahannya...

Isnin, 24 November 2008

BABI | MASYARAKAT | BN | PR

Salam semua,

Baru balik dari PENDANG, saja ada hal sikit.. Lepak kedai makan depan JERAT CINA.. pastu sembang-sembang dengan tuan kedai.. Modal surat Habaq UTUSAN dan HARAKAH

  • MODAL Pertama - UTUSAN
  • AKU " AMACAM skrg PENDANG OK kaa"
  • PAKCIK " Besa la encik.. dok macam tu la.. kita cari makan macam nie laa"
  • AKU "Dengaq kata ROZAI menang lagi tahun nie..?"
  • PAKCIK "UMNO.. duit banyak menang la cik..?"
  • AKU " Aikk MAN BEDON duit banyak jugak paa.."
  • PAKCIK " dengaq kata dia tak mau turun duit.. tu pasai kalah tuu"
  • Lepas tu bla bla bla... bab UMNO la bab Pendang la.. dan MODAL Kedua - HARAKAH
  • AKU " Eishhh NAJIB nie biaq betoi ada KONSPIRASI dgn RAZAK"
  • PAKCIK " Entahlaa ENCIK nak kata tak betoi pusing kot nie pusing kot tu macam sangkut ja NAJIB nie.. malas nak sembang aihh PAKLAH serupa NAJIB pon serupa..."
  • AKU " Ahh bab BABI nie apa pendapat PAKCIK..?"
  • PAKCIK "Thah laa.. nak jadik SELANGOR jugak kot.. depa bela BABI kita pon nak bela BABI..."
  • AKU nampak macam semangat ja bila sentuh bab BABI nie.. lalu aku try cucuk lagi...
  • AKU " Alaa nie tulis kata kerajaan lama yg lulus, PAS cuma sambung jaa.."
  • PAKCIK " bila.. mana ada dengaq pon projek BABI nie, dah dulu LULUS lanie dok biaq apa kasi TUTUP laa.."
  • AKU "Dah tutup pon.. nie depa dah tutup..dan akan cari tempat lain.."
  • PAKCIK " Looo dok cari-cari apa lagi tak payah buat laa.. nak jadi negeri BABI plak kaa"
  • AKU tengok PAKCIK nie memang sensetif bab BABI nie.. lalu sambung lagi la bla bla bla...
  • LEPAS tu bayaq dapat diskaun 3kupang dan aku bagi salam lalu balik rumah layan PC semula...
KESIMPULANnya : Luu pikiaq la Sendiri...

BPR | PUTERI | BILIK HOTEL | PERAKUAN PALSU

3 ahli Puteri buat laporan polis
Oleh Hussain Said
bhnews@bharian.com.my

Pegawai BPR dituduh soal siasat dalam bilik hotel tanpa pegawai wanita

BAHAU: Tiga ahli Puteri Umno Jempol membuat laporan polis terhadap pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwa menyoal siasat mereka dalam sebuah bilik hotel murah di sini tanpa ditemani pegawai wanita dan mendakwa diugut serta dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong calon tertentu pada pemilihan Umno bahagian itu bulan lalu.

Seorang daripada tiga ahli Puteri itu, Zalina Muhammad, 30, mendakwa dipaksa duduk atas katil dan dikelilingi antara lapan hingga 10 pegawai BPR ketika di bilik hotel itu, kira-kira jam 9 pagi.

Beliau mendakwa mereka dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong Ahli Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua Umno bahagian, Datuk Lilah Yasin, timbalannya yang juga Setiausaha Khas Menteri Pelajaran, Mohd Salim Shariff dan Naib Ketua, Mustapha Nagoor pada pemilihan jawatan bahagian 12 Oktober lalu. (LAGI)

AnakKedah007 : Aduh jika macam nie punya kelaku penjawat awam.. masalah nie.. orang akan hilang kepercayaan dan kredibility BPR pon boleh drop nie.. lepas tu paksa plak suruh ngaku buat benda salah... Tolong siasat sebentar pastu keputusan biar rakyat tahu...