Jumaat, 29 November 2013

MB Selangor Bodoh, Sepatutnya di beri PERUNTUKAN DUN bukannya penaik gaji

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpXDRrQ2EJ3ufOI3xcfBD0ZhcYOuD4eSQyr9Tl_GUcxx9BSuSAc-19Z8SiKRTUKoqJ4ck7tH1a5AxQm1U154DqgKmDpS-WbnWLiWaL5FvTSY4W9j-M348kGTnlMiJlNQPghs876JrDgft8/s640/naik.jpg

Setelah lama tak menulis hari ini terpaksa juga menulis sebab kebodohan MB SELANGOR.. Sewaktu KEDAH penaik sebelum nie pun kami dah malas nak melayan namun bila PR sendiri pun buat kerja bangang maka terpaksalah kami memberi pandangan.

Kami berpandangan bahawa MB SELANGOR sepatutnya memulakan proses Keadilan yang selalu dilaungkan oleh PR iaitu PERUNTUKAN UNTUK ADUN. Beliau patut tumpu pada kategori ini, bukannya menaikkan GAJI ADUN.

Memandangkan Selangor merupakan negeri yang banyak hasil dan pendapatannya apa kata Selangor menjadi contoh pertama memperuntukan bujet untuk semua ADUN, dari ini apabila bujet diberikan maka kerajaan negeri dapat memantau duit peruntukan tersebut melalui kewangan negeri.  Dari sini rakyat akan dapat bujet dari Kerajaan Negeri terus menerus dari ADUN mereka.

Rasanya ini lagi praktikal daripada menaikkan gaji ADUN-ADUN di Selangor kerana jika gaji perbelanjaan yang mereka gunakan tidak akan ada sesiapa boleh audit kerana itu gaji mereka jadi mereka berhak menggunakan untuk diri mereka tetapi jika peruntukan ianya akan diaudit sebab itu duit kerajaan negeri,


Jumaat, 4 Oktober 2013

Ambik kat hangpa semua la Ulamak PAS oi..!!!

oleh AnakKedah007

Jika macam tu serah sahajalah PAS nie kepada golongan yang ngaku mereka ulamak nie... ambiklah semua jawatan yg dari atas sampai bawah...yg sampai bawah tu siap dengan yg tempek poster dan pacak bendera sekali...

dah dalam perlembagaan PAS pun tak kata kena lantik puak ini puak itu habih dok bersembang buat apa.... dok berkempen buat apa... dok nak angkat ekoq masing2 buat apa... semua yg ada dalam PAS nie adalah yang terbaik yang diangkat untuk membawa PAS kedepan....

Ambiklah jika hangpa nak sangat jawatan tuuu.... TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, TG Harun Din, TG Hj Salleh... semua nie rakyat akan angkat sendiri mereka keatas... mereka tak perlu nak meminta-minta dan mewar-warkan kata mereka nie ulamak dan mereka perlu diberi jawatan itu jawatan ini....

Jika seperti inilah ulamak-ulamak yang ada dalam PAS maka PAS bukannya akan mendekatkan lagi rakyat MALAYSIA untuk bersama mereka tetapi akan terus menjauhi mereka...

Tidak percaya tungulah masanya akan tiba anda sendiri akan mengetahuinya..

Jumaat, 20 September 2013

Coretan Untuk PAS Kedah - Belajarlah dari kesilapan untuk membina kejayaan akan datang

 

Gua sebenarnya malas nak campor... tapi bila MSO cakap macam nie teringin juga  gua nak nyampok sikit... lama dah tak tulis kat blog gua nie... 

kenapa PAS KEDAH tumpas.... kenapa PAS KEDAH tumbang...

Sebelum berhujah kenapa tumpas dan tumbang apa kata kita flash back balik kenapa PAS KEDAH menang suatu ketika dahulu... yes menang...

Jika nak menang PAS KEDAH kena ada satu kekuatan jentera untuk bekerja dan membantu perjuangan supaya PAS KEDAH menang....

Bila ini di flash back semula kita kembali ke PRU13 sebelum kalah.... siapakah jentera yang bekerja dan membantu untuk PAS KEDAH menang PRU13 tempohari...

Jujur gua katakan bahawa 60% mereka yang melakukan kerja dan membantu perjuangan untuk PRU13 ada lah muka baru... mana perginya TAIKO-TAIKO yang membantu untuk kemenangan PRU12 dahulu....

Ini yang perlu di rungkaikan... TAIKO-TAIKO ini dahulu sebut sahaja apa yang pimpinan perlukan.. mereka akan memberikan segala jiwa dan raga demi perjuangan dan kemenangan parti...

Kemana hilangnya mereka? kenapa mereka membawa diri? kenapa mereka tetiba mereka seperti kecewa dan hanpa dengan apa yang ada dengan PAS KEDAH..?

Ini bukan hendak menafikan sumbangan tenaga baru... namun kita kena ingat tak ada yang lama maka tak akan ada yang baru.... kerana ada sebahagian TAIKO-TAIKO ini telah menjadi back fire kepada PAS KEDAH....

Jangan lupa kerja buat HJ Najib Pondok Pak Ya, Lah 46, Tg Hj Rahim, Chegu Non Al-Afgan, Ust Azki KUIN dengan BERSIH KUIN serta beberapa orang lagi...

Ingat..jangan asyik menuding jari menyalahkan mereka tetapi cuba lihat semula lagi 4 jari yang menunjukkan kita semula....  muhasabahlah sesungguhnya muhasabah diri sendiri itu lagi baik dari kita menyalahkan orang itu orang ini....

Semua apa yang berlaku ini tanyalah kepada PAS KEDAH kerana mereka tahu apa sebenarnya berlaku...