Selasa, 12 Mei 2009

Nizar - jangan la gopoh sangat...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan tahniah keatas MB Halal Nizar yg di istiharkan SAH oleh MAHKAMAH semalam... TAHNIAH Sekali lagi....

OK hangpa dah dapat balik kuasa jadi gunakanlah kuasa tu yg sebaik2nya... aku cuma nak luahkan apa yg aku tengok pada mata aku hangpa buat satu keputusan yang gopoh dan gapah selepas di istiharkan menang semalam...

keputusan tersebut adalah di atas keputusan hangpa menggantung 3 ekoq kera sumbang dalam pentadbiran negeri.. iaitu Ketiga-tiga mereka adalah Setiausaha Kerajaan, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.

Bukan apa aku rasa lebih baik kita rujuk sultan dulu.. sebab depa nie bawah sultan.. kira kita kena pandai la godek.. jangan kalut sangat... aku lagi suka guna kaedah Ust Azizan MB Kedah... dimana beliau tidak gopoh gapah dalam membuat sesuatu keputusan...

Jika kita bagi surat amaran dan suruh mereka mengadap dan bagi tunjuk sebab atas kelaku sebelum ini tentu mereka jadi manusia yang tak keharuan dan nak syok bagi satu meja dan kerusi suruh depa dok tang tu..

Bukan apa benda nie semua media boleh manipulated isu... macam2 depa akan kata... jadi kita kena ambik perhatian jugak bab media mangkok nie... dan matlamat kita nak tangkap hati dan perasaan golongan MELAYU totok yg sokong UMNO sekian lama... andai ada cerita pasai pemecatan tersebut sudah tentu mereka akan menjaja cerita itu... itu masalahnya...

Jadi saya jumpa satu komen yg sehati dengan saya... kira pakat2 pikiaq la nooo..

Aku Tak Setuju Hangpa Gantung Pembelot-Pembelot tersebut...

oleh Orang Lama

Semolek-moleknya YB Nizar perlu mengadu kepada Tuanku Sultan atau Raja Narin perihal perkara khianat dan ketidakadilan SUK, SUK DUN, SUK Finance.

Semolek-moleknya YB Nizar perlu mengadu kepada Tuanku Sultan atau Raja Narin perihal perkara khianat dan ketidakadilan SUK, SUK DUN, SUK Finance dan SUK Undang-undang. Biar mereka membuat keputusan adakah ia perlu digantung atau ditukarkan.

Perlu diingatkan jangan pisang berbuah dua kali seperti kisah Pengarah Jabatan agama islam yang lalu.

Mereka ini adalah kakitangan PTD kerajaan yang diusulkan oleh kerajaan PUSAT kepada negeri Perak dan mendapat perkenan DYMM Sultan.

Oleh itu untuk menukarkan mereka juga perlu didahulukan dengan perkenan DYMM Tuanku.

Tatapi adalah lagi manis jika mereka itu dimaafkan/ atau diberi surat tunjuk sebab atas tindakan mereka. Kita perlu berlaku adil kepada kawan dan lawan. Mungkin terbuka hati mereka dengan keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat

Sila belajar dari kerajaan Pas kelantan bagaimana mereka mentadbir negeri... dan menjaga hubungan baik dengan pihak istana..

Jika pihak PR tidak belajar dari kesilapan lalu.. maka tiada hikmah yang boleh dipelajari dari berlakunya peristiwa rampasan kuasa perak ini..

Orang Lama dan SUK Undang-undang. Biar mereka membuat keputusan adakah ia perlu digantung atau ditukarkan.

Perlu diingatkan jangan pisang berbuah dua kali seperti kisah Pengarah Jabatan agama islam yang lalu.

Mereka ini adalah kakitangan PTD kerajaan yang diusulkan oleh kerajaan PUSAT kepada negeri Perak dan mendapat perkenan DYMM Sultan.

Oleh itu untuk menukarkan mereka juga perlu didahulukan dengan perkenan DYMM Tuanku.

Tatapi adalah lagi manis jika mereka itu dimaafkan/ atau diberi surat tunjuk sebab atas tindakan mereka. Kita perlu berlaku adil kepada kawan dan lawan. Mungkin terbuka hati mereka dengan keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat

Sila belajar dari kerajaan Pas kelantan bagaimana mereka mentadbir negeri... dan menjaga hubungan baik dengan pihak istana..

Jika pihak PR tidak belajar dari kesilapan lalu.. maka tiada hikmah yang boleh dipelajari dari berlakunya peristiwa rampasan kuasa perak ini.
.

Tiada ulasan: