Isnin, 11 Januari 2010

Pasai pa Jadi Huru Hara Nie.. Cuba Pakat Pikiaq Sat...

oleh AnakKedah007

ini saya angkat dari satu komen kat blog http://politikbanjar.blogspot.com .Bukan apa rasa macam ada satu persoalan yg perlu dihuraikan jadi pakat-pakat fikirkan tengok kenapa benda huru hara nie sedang berlaku....sebab tengok macam serabut jaa.. sorang kata tak yah demontrasi..sorang kata boleh..kini kata tak boleh polis marah..pastu mai isu bom sana bom sini..lepas tu mai menteri pengajian tinggi kata pelajar boleh demontrasi plak...apa kejadahnya nie.. cakap belit2 nie... atau pakat ada agenda masing2 nak cucuh bagi huru hara... pakat2 pikiaq laa nooo....
paloibinmulau said...

wak,

teman tertarik dgn topik kristian di sabah dan sarawak. pada teman perkara ini tidak menjadi isu jika KDN memg ikhlas dlm kerja mereka. memg penggunaan nama Allah di sabah saarwak sudah amat lama. sebelum gomen ngantor teman keja di sabah 10tahun dulu teman pun tak tahu benda ni.

sbb tu pada teman masalah ini bukan pasal akidah. maaf kalau teman silap. kalau ini semua pasal akidah sudah tentu lama dulu ustaz mahathir mohamad mengharamkan penggunaan Allah ini di sabah sarawak. apa yg ustaz mahathir takut? dia tak pernah takut pada sapa2 masa ada kuasa dulu. tapi napa ustaz mahathir tak buat apa2?

kalau ini berkaitan akidah sudah pasti mufti harussani lama sudah bersuara. kalau pun mufti harussani tak tahu sbb dia tak pernah duduk di borneo, tapi dia mesti tahu org sikh kat perak pun sebut Allah dlm sembahyang mereka. dlm ktab sikh pun rasanya ada nama Allah digunakan.

pada teman org melayu di malaya yg kurang mengerti saja yg suka2 buat kecoh. majalah herald yg dah berpuluh tahun dok guna Allah ni bukan dijual utk di baca oleh budak2 melayu. kalau pun majalah ini diguna utk "mendakwah" budak2 melayu, ini satu kesalah yg jelas. pihak gereka boleh di dakwa. jadi kenapa nak takut.

kalau nak kata takut budak melayu akan terkeliru, ngape budak2 melayu boleh terkeliru? ni kita kena tanya diri kita sendiri. kalau takut budak2 melayu jadi murtad disbbkan majalah herald ni, teman cadangkan kita jumpa mufti harussani.

tanya mufti harussani berapa ribu org melayu murtad dan apa sbbnya? adakah sbb tak cukup pelajaran agama dan sentiasa dlm kekeliruan? atau sbb cinta? cuba cari berapa ramai gadis melayu yg jadi hindu semata2 sbb nak kahwin jantan kesayangan depa?

pada teman kerajaan tak pernah nak berterus terang dlm isu herald ni. ramai melayu dan islam tak tahu isu sebenar. media haprak pulak dok simbah minyak. cuma pandai jadi perosak fikiran rakyat.

gereja katolik yg publish herald pun satu juga. kenapa tak cuba terangkan pasal isu ini. seronok sangat gamaknya sbb menang di mahkamah.

Tiada ulasan: