Selasa, 8 Jun 2010

Ingatkan Pak Lah teruk..Rupa2nya Mai Mat Monggol nie lagi terok....

Alahai Kerajaan 1Malaysia..aku ingatkan Kerajaan Hadhari lembek & terok.. rupa2nya mai Mat Monggol nie lagi teruk...dia punya Flip Flopnya...

Mula2 umum hingaq canangkan satu dunia..tup tup tup rakyat bising... terus kata tak muktamat laa lesen belom bagi laa... perintah menatang apa tak tau macam nie... gamak dah rasa nak monopouse dah dan dah tak mampu nak prittt dah serah je lah kat org lain... depa masih mampu dan kuat lagi..tanpa di sokong dengan tongkat ali pon...

udah2 laa tu mat monggol oii..penin tgk hangpa perintah Malaysia lanie...

KEMENTERIAN KEWANGAN NAFI BERI ASCOT LESEN JUDI
Kementerian Kewangan menafikan laporan lessen judi sukan telah dikeluarkan Ascot Sports Sdn Bhd milik cukong Vincent Tan — dua hari selepas beliau meminta Pakatan Rakyat yang memprotesnya agar bersikap adil.

Dalam jawapan bertulis hari ini, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum mencapai sebarang keputusan dan syarat-syarat berhubung soal pelesenan judi sukan.

"Kerajaan belum mengeluarkan lesen kepada Ascot Sports bagi membolehkan operasi pertaruhan di Malaysia," kata kementerian.

Sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.


 

Tiada ulasan: