UMNO@UTUSAN Buka Isu Baru - DAP bagi 'TAZKIRAH' di SURAU..
Bila hangpa tengok keratan surat habaq UTUSAN hari nie apa hangpa dapat tangkap dengan apa yg ada di muka depan dia... Kisah PeterPORN buka puasa dengan awek dia kaa atau kisah cerai Aida dan Joe Radzwill ka atau gambaq awek dok pegang microphone di tengah tu dengan tajuk TAZKIRAH di surau....
Awat semurah itu sangat nilai martabat UTUSAN bermahzab kan UMNO nie... dan kita tengok betapa keindahan ILMU AGAMA ALLAH swt sedang mengajaq UTUSAN & UMNO akan ilmu agamanya.... Itu laa orang kata kalau tak tahu ilmu agama jangan dok bercakap banyak bab agama... pergi cari tok-tok guru untuk mendalaminya....tetapi masalahnya ilmu tak ada nak bercakap mengalahkan tok-tok guru laa pulak....
Sebelum ini ALLAH swt telah mentazkirah kan otak-otak bermazhab kan UMNO nie berkenaan "Berdoa untuk bukan Islam Boleh ka Tak Boleh"... Bila dah bising-bising sana sini... dan para alim ulamak berbunyi.. maka terkedulah lidah manusia-manusia yang menyalaknya tuuu... bila tak dapat nak menjawab dah maka dicari benda baru pulak untuk menyalak...
Maka diambil gambaq ini dan bubuh tajuk 'TAZKIRAH'... memang laa bila dibaca sepintas lalu kepada golongan yg faham tak ada masalah.. tetapi bila kepada golongan yg ekstream bila ada sahaja ayat DAP & TAZKIRAH tentu akan timbul pulak satu persepsi yg DAP bagi tazkirah dan ustaz pulak dok dengaq maka lain pulak akan difikirkannya...
Artikal di UTUSAN
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral, Azemi Ahmad mengesahkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.
Bagaimanapun, Azemi berkata, isu itu tidak perlu digembar-gemburkan kerana tiada apa yang boleh dipolitikkan.
"Saya berharap pihak media tidak memperbesarkan isu Nie Ching masuk ke surau kerana bimbang akan timbul fitnah.
"Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya mahu semua pihak berfikir secara waras dan rasional sebelum membuat kesimpulan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai supaya membaca sendiri laman web www.wretch.cc/blog/teonieching Ahli Parlimen Serdang tersebut untuk mendapatkan penjelasan sebenar... [lagi disini]
PENJELASAN USTAZ ZAHARUDDIN BERKENAAN ISU ORANG BUKAN ISLAM MASUK DALAM MASJID..
Soalan
Ustaz, di ketika ini agak heboh perbincangan berkenaan boleh atau tidak orang bukan Islam masuk masjid dan meberi ucapan. Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang hal ini, adakah perbincangan ulama di dalam hal ini atau memang tidak dibenarkan? Setahu saya, mazhab Syafie membenarkan jadi adakah pandangan yang melarang ini adalah pandangan pengikut Wahabi?.
Jawapan
Saya yakin, isu ini timbul akibat dari berita seperti ini.
Sebelum menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara penyoal, saya ingin terlebih dahulu menjelaskan, paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam di dalam hal ini.
Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.
Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.
Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram
Saya akan cuba meringkaskan jawapan bagi ketiga-tiga persoalan sekaligus secara padat dan mampu difahami, InshaAllah.
Asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)
Satu lagi adalah :-
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )
MASUK MASJIDIL HARAM
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit perincian dalam hal tersebut.
Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, 'kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat