Jumaat, 20 Ogos 2010

Betul ka MB Perlis oi..Kedah, Penang, Kelantan & Selangor steady je.. Rakyat dia hidup OK jee..!!

ada lagi pemimpin berfikiran ortodok nie.. jika dulu masa PR tak menang beberapa negeri OK la juga dok bawak dakyah tahyul nie.. tetapi bila dah menang beberapa buah negeri masih ada lagi yang dok baa cerita basi nie.. rentikanlah benda karut marut nie.. jaga Perlis tu elok-elok..nanti tak pasal-pasal terlepas kat PR pulak...

Malaysia akan huru-hara - Md. Isa

ARAU 19 Ogos - Malaysia akan huru-hara jika pakatan pembangkang ditunjangi DAP menguasai Parlimen kerana parti itu terbukti anti-Islam dan tidak menjaga hak ketuanan Melayu serta institusi Raja Berperlembagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pakatan pembangkang tidak wajar diberi sebarang mandat terutama dalam misi mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Jangan biarkan pembangkang menguasai negara terutama DAP yang secara terbuka menentang hak keistimewaan Melayu dan Islam," ujarnya.

Md. Isa berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan untuk warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kawasan Dewan Undangan Negeri Sanglang di Masjid Al Makmur, Kampung Bongor Kudung, Sanglang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, 1,273 orang masing-masing diberi bantuan RM100.

Menurut Menteri Besar, jika DAP memerintah Malaysia, sistem pendidikan Islam dan institusi masjid akan terpinggir kerana DAP tidak pernah mengakui bahawa Islam adalah agama rasmi di Malaysia.

"Bagi menentukan perjalanan agama Islam di negara kita berjalan lancar seperti diamalkan sejak merdeka pada 1957 dahulu, rakyat Malaysia terutama umat Islam mesti menolak pakatan pembangkang yang berteraskan DAP itu.

"Sehubungan itu, Barisan Nasional yang berteraskan UMNO mesti diberi mandat secara berterusan untuk mentadbir negara," tegasnya.

Tiada ulasan: