Jumaat, 20 Ogos 2010

RAJA SESUMPAH nak bersumpah lagik....

Tolong.. Tolong.. RAJA SESUMPAH nak bersumpah lagik....duk dalam Barisan Alternatif dulu pun bersumpah... pie duduk dalam BN pun bersumpah... dulu bersumpah depan RAKYAT JELATA habis satu Malaysia di Kencingnya.. kini depan HAKIM pulak nak pergi sumpahnya... sumpah sungguh ko nie... cuma ini ja kot aku boleh kata....

http://listverse.files.wordpress.com/2008/08/tongue-split-tm.jpg

Ezam pertahan dakwaan

SHAH ALAM – Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor bertegas mempertahankan dakwaannya membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah berhubung salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ezam berkata, beliau tidak akan berganjak dari mempertahankan setiap perkataannya membabitkan Anwar dan Wan Azizah sama ada ketika berceramah, melalui laman blog mahupun Twitter.

"Saya serahkan kepada Jawi sebagai pihak berkuasa untuk membuat tindakan lanjut sesuai dengan peruntukan undang-undang syariah.

"Saya akan beri sepenuh kerjasama pada Jawi termasuk kesediaan bersumpah di hadapan hakim di Mahkamah Syariah,"
katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Ezam berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Md Akin yang membuat laporan terhadapnya ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Laporan itu dibuat Shamsul ekoran tulisan di laman :Twitter: Ezam yang dikatakan membuat tuduhan palsu atau qazaf terhadap Anwar.

Tiada ulasan: