Ahad, 5 Disember 2010

BN dilanda krisis identiti...

oleh AnakKedah007



BN tengah dilanda krisis identiti... tak tahu mana satu nak ikut... antara sama parti kompenan pon sudah bertelagah nak pilih yang mana satu...Satu nak buat parti tunggal.. Satu nak pertahankan ideologi Ketuanan Melayu... satu dok pikiaq bila nak buat pemilihan.. Satu dok pikiaq nak lantik presiden baru...

BN perlu menjadi satu parti

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Barisan Nasional (BN) perlu menjadi satu parti tunggal dengan semua parti komponennya dibubarkan untuk diserapkan ke dalam gabungan berkenaan.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, ia adalah langkah terbaik bagi membolehkan BN terus mendapat mandat daripada rakyat yang kini bersikap terbuka dan mahukan semua parti politik memperjuangkan agenda masyarakat pelbagai kaum.

''Konvesyen BN esok dijangka meluluskan cadangan untuk memperkenalkan keahlian terus dan saya berharap langkah ini diperluaskan dengan ahli-ahli parti komponen menjadi ahli BN sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda dan Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) 2010 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya parti komponen BN meminda perlembagaan masing-masing bagi menerima kemasukan ahli pelbagai kaum dan agama.

''Dengan keahlian pelbagai kaum, pemimpin sesebuah parti sudah pasti tidak akan mempolitikkan isu-isu perkauman dan agama untuk manfaat jangka pendek," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin dalam ucapannya, menggesa supaya diadakan Program Tranformasi BN dengan agenda utamanya adalah untuk mengurangkan penguasaan hanya satu parti terhadap gabungan berkenaan.

Beliau berkata, antara perubahan yang perlu dibuat adalah memastikan bukan semua jawatan utama BN dikuasai oleh pemimpin daripada satu parti sahaja.

''Kita boleh mencontohi tindakan BN pada 1974 yang melantik wakil daripada MCA iaitu Tan Sri Michael Chen sebagai Setiausaha Agungnya.

''Kita kena kembali kepada semangat asal BN iaitu untuk memastikan setiap parti komponen dilayan secara adil dan saksama.

''Kepimpinan BN peringkat negeri juga perlu dilantik daripada kalangan parti komponen lain dan setakat ini saya dapati langkah berkenaan hanya dibuat di dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Sarawak," ujarnya.

Tambah beliau, pembaharuan lain yang perlu dibuat adalah supaya segala dasar kerajaan terutama berkaitan pendidikan dan kebenaran membina tempat ibadat diputus secara bersama oleh semua pemimpin BN dan bukan semata-mata oleh satu parti.

Tiada ulasan: