Sabtu, 14 Mei 2011

AGUNG nak mai habih semua PAKAT BERLAKON..!!!

oleh AnakKedah007

http://kedahlanie2u.files.wordpress.com/2011/05/agung5b15d.jpg?w=300

kami nak tegoq sikit KEPADA SIAPA YANG TERLIBAT dengan ISU INI….

Hangpa jangan dok belagak tunjuk kuasa dan hangpa jangan dok buat kelaku UMNO dulu… Jangan kerana AGUNG nak mai hangpa buat kelaku UMNO dimana jalan tak boh tar..habih hangpa boh tar nya.. mana tempat yg hudoh habih hangpa pereloknya…. habih sebelom nie hangpa buat apa…tidoq makan gaji buta sahajakah…

Jika nak buat kerja buatlah bagi betul..jika betul2 salah meniaga tepi jalan tuu ambik tndakan dulu-dulu lagi jangan sampai dah beranak 12 orang dah baru nak ambik tindakan….

Hangpa buat macam mudah jaaa..nah notis 24jam esok hangpa pindah…hangpa ingat kedai main pondok-pondok kaa mai roboh camtu jaaa….pakai akai laaa…pakai otak laa….depa tu cari makan….ibarat itulah kerja makan gaji depa… kalau tak ada gerai tu anak bini depa nak makan tedarah apa…hangpa takpa la dok dalam econ taip surat sekeping suruh macai pie hantaq pie surat tu kata esok hangpa pindah sebab AGUNG nak lalu jalan nie….

Satgie tak pasai AGUNG pun depa maki buta kare macam tuu jaa… tapi AGUNG bukan salah pun…yg salah hangpa yang bodoh dok dalam pejabat nuuu… nie semua berlakon jaaa…. berlakon nak tunjuk kata semua elok…. JALANRAYA elok… LALULINTAS elok… BANGUNAN elok……….. sudahlaaaaaa buat kerja berlakon nie....

Kesal terima notis roboh gerai 24 jam

SUNGAI PETANI – Seramai sembilan pemilik gerai yang menjalankan perniagaan pelbagai jenis di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang kesal dengan tindakan Pejabat Tanah Kuala Muda yang memberi notis 24 jam untuk merobohkan kesemua gerai mereka atas alasan menghalang lalu lintas.

Peniaga roti canai, Anita Suriati Aziz, 33, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan itu selama 12 tahun di lokasi sama namun, tidak sangka menerima notis daripada pihak berkenaan yang akan merobohkan gerai miliknya dalam masa 24 jam dari tarikh surat diterima.

Menurutnya, alasan yang diterima adalah laluan berkenaan akan digunakan Yang di-Pertuan Agong dalam kunjungan rasmi tuanku ke Kedah bermula 13 hingga 15 Mei ini.

"Alasan merobohkan diberi secara drastik sedangkan sebelum ini kami sentiasa mengamalkan dasar dan kehendak pihak jabatan tertentu yang menjalankan pemeriksaan ke atas gerai," katanya.................sambung lagi....

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9077971.asp

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hampa tau dak sapa yang dok dalam pejabat kat kuala muda tu kalau tak oghang yang pandai belakon yang pi becakap kat peniaga2 tu bukan oghang pejabat tapi ahli majlis yang benggong pasai apa aku kata macam tu sebab pi dok bagi tau kat peniaga kunun nak jaga lalulintaih jagan jadfi sebuk ,sebuk menatang kaloh apa jalan hujung cinta sayang tu Agung tak jenguk pun lagi kalau Tuanku lalu pun kereta depa lari bedegung tak dan nak kerelin pun kearah kedai penjaja tu ,dan satu lagi aku tebakak dengan depa pasai jalan jalan masuk rumah aku dah dua tahun dah aku repot sampai hari haram kot nak mai jeguk ka langsung tak ambik peduli apa ka jadah depa buat dalam pejabat tak tau