GURU YAHAYA NAFI PEMUDA POS KEDAH HILANG TARING – berita hairan
Ketua POS Aloq Sitar, Datuk Syed Alif Ba Ta yang membidas sikap Pemuda POS  terutama Exco yang dikatakan 'hilang taring' dalam memperjuangkan parti  apabila diasak pembangkang. 
 GURU YAHAYA yang juga bukan Ahli Parlimen  Rembau berkata, beliau tidak pernah merajuk walaupun tidak diberikan  jawatan dalam Kabinet kerana apa yang penting tugasnya memantapkan  Pemuda POS
"Ada jawatan atau tidak yang penting adalah memantapkan Pemuda POS," katanya. 
GURU YAHAYA berkata Pemuda POS tidak hilang taring seperti didakwa, sebaliknya  masih lantang memperjuangkan parti dan mempertahankan POS daripada  serangan pembangkang, kata Ketuanya, GURU YAHAYA.
Bagaimanapun,  katanya, sejajar dengan model baru politik, pergerakan itu juga tidak  mahu dilihat sekadar beretorik dan menjadi kumpulan pendesak, tetapi  memfokus kepada pendekatan turun padang dan menyelesaikan masalah belia,  termasuk pengangguran.
"Dulu kita (Pemuda POS) jadi benteng  secara tradisional termasuk mendesak kerajaan dan membuat demonstrasi  serta laporan polis (berhubung sesuatu isu), tetapi kini kita memainkan  peranan untuk menyelesaikan masalah orang muda.
"Kita akan jadi lebih lantang, tapi pada masa sama kita mahu dilihat melaksanakan apa yang dijanjikan," katanya.
ha ha ha..... siapa makan cabai dia yang kena minum ayaqnya...
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan