gua lama tak menulis... tapi hari nie gua bila baca sinar gua naik semak dengan KAK JAT LEMBU nie... yang dok mereben kacau dalam kain orang apa kejadahnya nie.... Jawab dulu laa bab LEMBU laki ko tuu dulu dok kacau kes orang lain.... Untuk makluman hang kak jat oi kes yg terlibat dengan Anwar semua masuk mahkamah dan sedang dibicarakan... so far kira dia berani kerana benar laaa... tak macam yg ko nie.... tak ada perbicaraan apa pon semua main simpan bawah kain jaaa... jadi skrg siapa yg berani hadapi kenyataan... Isu sekarang dana LEMBU telah disalahgunakan untuk beli KONDO dan sekarang didedahkan beli TANAH dan KERETA.
Hangpa kena ingat kalau rakyat buat loan TEKUN @ AMANAH IKHTIAR setiap minggu rakyat kena pie mengadap cerita pasai performence berkenaan perniagaan yang di loankan tuuuu.....tu baru ambik RM5K ~ RM10K sahaja... nie ambik sampai RM250juta takan boleh main hoi...hoi...macam tuuu jaa...banyak cantik muka hangpa....ingat duit rakyat nie duit mak bapak hangpa kaa....???
Cabar Wan Azizah letak jawatan: Sharizat
KUALA  LUMPUR – Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  mendesak  Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin supaya mencabar Presiden  parti  itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan  sebelum  mengarahkan orang lain berbuat demikian.
	
	Menurutnya, ia adalah kerana suami Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sendiri didakwa terlibat dengan pelbagai masalah.
	
 	Katanya lagi, tindakan Zuraida itu jelas seperti 'gajah depan mata   tidak nampak' dan memberi amaran keras bahawa beliau langsung tidak   takut dengan cabaran tersebut.
	
	"Wahai Zuraida yang biadab, kamu  ingat kami takut dengan kamu? Siapa  kamu mahu suruh saya letak  jawatan? Adakah kerana suami saya Pengerusi  Perbadanan Fidlot  Kebangsaan (NFC)?
	
	"Kalau itu dasar dan prinsipnya, saya cabar  Zuraida mendesak Presiden  PKR meletakkan jawatan," katanya ketika  menyampaikan ucapan dasar pada  Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita  Umno di sini semalam.
	
	Shahrizat turut mengulangi kenyataannya  sebelum ini bahawa beliau tiada  kaitan dengan projek NFC tersebut dan  menegaskan bahawa suaminya tidak  bersalah.
	
	"Suruh dia desak  Wan Azizah letak jawatan kerana suami beliau, ketua  umum yang telah  dihukum dan disabit kesalahan oleh pelbagai angkara yang  saya tak  sanggup cakap dengan mulut saya.
	
	"Kalau beliau benar-benar  berani, cabar Presiden, barulah benar-benar  Zuraida itu jaguh? Saya  belum pun tiup semboyan lagi," katanya.
	
	Zuraida, dalam ucapan  dasarnya di Kongres Nasional Wanita PKR Kelapan  baru-baru ini, meminta  Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri  Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat, untuk menjaga maruahnya  sebagai seorang  wanita.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan