oleh AnakKedah007 
Maaflah Najib gua tak dapat terima Bajet Lu sebab
  

Ada satu komen sahabat gua rasa ini salah satu cadangan yang bernas.. jadi jika ada pihak yang mengambil pendekatan ini bagus rasanya...jika semua ini di fikirkan maka tak perlulah di fikirkan lagi bab harga padi..namun bab nie pon tak ada yg pikaiqnya dan bab yg nie pon tak ada yg pikiaqnya last yg jadi mangsa petani itu sendiri... pada gua buat la mcmana pon janji Petani yang dapat untungnya...
Assalamualaikum sdr, aku ambik peluang ni nak bagi sikit   pandangan mengenai "Harga Padi" Aku bukan menolak kenaikan harga padi   malah aku menyokongnya jika kena pada waktunya...
Pada pandangan   aku, Situasi Harga Padi tidak sama dengan situasi Harga Getah. Harga   Getah naik tidak mengapa malah lagi baik kerana menguntungkan penoreh   dan banyak pihak. 
Tetapi harga padi, jika naik memberi impak   kepada pelbagai pihak. Ini termasuk Orang-orang berpendapatan rendah   (terutama kakitangan bawahan yg ramai) dll yang sewaktu dengannya. Bagi   golongan pertengahan dan atasan mungkin tak terasa akan tetapi impaknya   memberi keuntungan yang besar kepada golongan pemodal yang berurusan   didalam bidang ini seperti pengilang, pemborong dan pengedar kerana   mereka orang tengah yang bersih tangan(maksudnya tidak perlu bersusah   payah/berlumpur mengendali sawah seperti petani-petani. Manakala petani   pula menerima impak kenaikan harga barangan lain, seperti beras kena   beli dikedai, makanan-kanan asas karbohiderat seperti kuih muih dsbnya   akan melambung.
Jadi apa yang penting tentang Harga Padi ni adalah " U s a h  y a n g  l e b i h  k h u s u s  "
1. Meningkatkan Produktiviti Padi keatas sawah-sawah yang ada sekarang
-   kita seing baca dalam Sinar Harian memaparkan masaalah padi tak berisi,   ini disebabkan antaranya tanah bertoksid kerana kimia dan keracunan   berlebihan tanpa diurai, lantarannya tanah tidak hidup atau kesetabilan   profilnya terganggu, serangan bakteria dan kulat perosak, serengga dan   tikus yang dapat merentangi kimia racun buatan  manusia (ini memberi   peluang mereka membina ketahanan diri terutama dalam waktu cuaca   lembab). Kimia penggalak tumbuhan seperti Foliar yang tidak bersesuaian   kerana tidak dapat membantu "menjadi tanah hidup ". Foliar perlu   bersumber galian dari tanah bawah di sawah itu sendiri. Foliar yang   dibekalkan sekarang ni tak menyokong cara ini... 
2. Membuka "Kawasan Penanaman Padi Baru " 
3.   Sistem tanaman padi perlu kembali kepada Sistem Tanam berjarak kerana   Sistem Tabur Terus sekarang sebenarnya tidak menggalakan "Pertumbuhan   atau Percambahan Anak-anak pokok padi dengan banyak. Ini kerana terlalu   rapat seperti menyemai. Benih yang ditabur perlu dijarakan supaya dapat   menyerap lebih banyak zat dan galian(tidak berebut makanan) dan cahaya   matahari sekurang-kurangnya optimum untuk proses penukaran karbohiderat   kepada tenaga dengan sempurna.
4. Membuat pindaan Akta Lembaga   Kemajuan Tanah seperti MADA dll supaya ditadbir urus sepenuhnya oleh "   Pengurusan Kerajaan Negeri yang berkuasa keatas Tanah ". Sekarang ini   berlaku pertindihan Kuasa keatas sebidang tanah sawah iaitu Kerajaan   Pusat dan Kerajaan Negeri...perkara ini memperlihatkan kurang efisyen   dari segi keprofesionalan pengurusan kerana berlaku bertindih   kepentingan. 
5. Membekal Biji Benih yang bermutu 
 - Iaitu   yang tidak mewarisi sebarang penyakit, Matang (tak ada yang cacat),   Bersesuaian dengan kawasan tanah sawah itu sendiri(bukan yang   berhampiran pantai untuk kawasan daratan kerana kultur sistem tanahnya   ada perbezaan)dsb  
6. Melatih atau berikan petani-petani menggunakan Teknologi Mikroba semulajadi.
SEPATUTNYA   YANG MENDAPAT UNTUNG ADALAH PESAWAH. JIKA PESAWAH MENDAPAT UNTUNG YANG   LEBIH ....DIRASAKAN TIDAK PERLU HARGA PADI LEBIH TINGGI..
Sekarang   yang mendapat untung besar dari sawah adalah Penyewa Jentera Pembajak,   Jentuai Padi, Pembekal Kontrak Baja Kimia, Foliar, Penyewa-Penyewa Lori   Pengangkut, Pembekal Biji Benih, Pengilang, Pemborong Beras dan   Peruncit.   



| 
 | 
Naib   presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, perdana menteri cuba   menakut-nakutkan orang Melayu apabila menyatakan bahawa pilihan raya   umum akan datang merupakan penentu kepada kelangsungan orang Melayu.
Beliau   juga percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden   Umno berkata demikian kerana "takut" dengan akan kehilangan kuasa untuk   membentuk kerajaan.
Dengan mengaitkan slogan 1Malaysia BN, Mahfuz turut memperolok-olokkan usaha itu sebagai "Skim Takut 1Malaysia".
"Mereka   takut kehilangan kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Masih ada   harapan lagi orang Melayu untuk berubah pendirian supaya tidak bersama   Umno dan BN. 
"Saya boleh katakan, mereka ini sedang jalankan   Skim Takut 1Malaysia (ST1M) yang menunjukkan pemimpin Umno ada ketakutan   dengan ambil pendekatan menakutkan orang Melayu," katanya pada sidang   media di ibu pejabat PAS hari ini. 
Dalam ucapannya ketika menutup persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan itu, Najib juga dilaporkan berkata "orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam BN yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama."
note - Macam nie hangpa nak bagi jadi MB KEDAH ganti Ust Azizan...  	PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan   terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan   permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya   dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin   RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.
  	Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md   Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang   dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana   membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.  	
  	Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam   Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor   Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang   baik.  	
  	Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.  	
  	Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal   dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000   dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis   bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5   pagi pada 5 Jun 2009.  	
  	Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor   termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis   itu.  	
  	Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka   pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak   pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk   mengikat jaminnya.  	
  	Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.  	
  	Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa   sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara   2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa   Thailand, April lalu.  	
  	Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.  	
  	Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama  	
  	KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi semalam menolak rayuan Khairul Azuan   Abdullah, 23, agar hukuman empat tahun penjara dan lima sebatan yang   dikenakan ke atasnya selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan   memiliki dadah, diringankan.
  	
  	Hakim membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan   prima facie kes. Sebelum ini, tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat   tahun dan lima sebatan selepas didapati bersalah atas pertuduhan di   bawah
  	
  	Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta sama.
  	
  	Selain itu, dia turut di jatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas   didapati bersalah di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum di   bawah Seksyen 12 (3) akta sama, yang mana bagi kesemua hukuman penjara   diarahkan berjalan serentak.
LAPORAN AUDIT NEGARA...
PENYELEWENGAN DLM PEMBELIAN TEROPONG UTK MARITIM M'SIA
INILAH JENIS TEROPONG YANG DIBELI
JIKA 100 UNIT DIBELI...
BERAPA BANYAK WANG RAKYAT DISONGLAP???
SAPA YG JADI KERAJAAN SELAMA NI???
hangpa nak bg puak2 nie perintah lagi kaa...
haram tak ada sekoq pon kena tangkap atas kesalahan ini...
KATAKAN TIDAK PADA BN 
    
Apalah Nasib Najib Rosmah: MODEL Pun Tak Suka Kat Hangpa
Daa nasib badab bro...Model pun dapat nilaikan kepimpinan PM Najib (kalau betui dia pijak ler)....alahaiWa ingat kot golongan model model tu semua penyokong tegar UMporNO/Bn
Pak polisi tak nak siasat gambo pemimpin PR kena bakar kena pijak,kena kencing ke?Ha..UMno Teganu durhaka pada Sultan Teganu tak nak siasat ke?
Kes pijak gambar PM, model serah diri
Seorang gadis 19 tahun- antara 11 individu yang dikehendaki berhubung kelakuan mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu - hari ini menyerah diri kepada polis.
Gadis tersebut hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru dengan ditemani pemimpin DAP, termasuk ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez.
Gadis itu seterusnya ditahan dan digari oleh polis serta akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.
Menurut Norman, gadis yang juga model sambilan itu ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Gadis itu didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.
sumber...Mkini
oleh Anak Kedah 007
 
Dahulu kita marah Eric Chia sebab lingkop PERWAJA...
Selepas tu kita marah Roberk Kouk Sebab HARGA GULA MAHAL
Selepas tu Pak Tani bising sebab harga padi tak naik-naik....
sedangkan harga BERAS asyik nak naik memanjang....
Itu dulu bila kaum lain pegang... KINI cuba lihat siapa yang PEGANG...
KAUM yang di katakan DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA
Harga GULA...dok tang tuu jaa...
Harga LETRIK... dok tang tuu jaa...
Harga PADI...dok tang tuu jaa...