Ada satu komen sahabat gua rasa ini salah satu cadangan yang bernas.. jadi jika ada pihak yang mengambil pendekatan ini bagus rasanya...jika semua ini di fikirkan maka tak perlulah di fikirkan lagi bab harga padi..namun bab nie pon tak ada yg pikaiqnya dan bab yg nie pon tak ada yg pikiaqnya last yg jadi mangsa petani itu sendiri... pada gua buat la mcmana pon janji Petani yang dapat untungnya...
Assalamualaikum sdr, aku ambik peluang ni nak bagi sikit   pandangan mengenai "Harga Padi" Aku bukan menolak kenaikan harga padi   malah aku menyokongnya jika kena pada waktunya...
Pada pandangan   aku, Situasi Harga Padi tidak sama dengan situasi Harga Getah. Harga   Getah naik tidak mengapa malah lagi baik kerana menguntungkan penoreh   dan banyak pihak. 
Tetapi harga padi, jika naik memberi impak   kepada pelbagai pihak. Ini termasuk Orang-orang berpendapatan rendah   (terutama kakitangan bawahan yg ramai) dll yang sewaktu dengannya. Bagi   golongan pertengahan dan atasan mungkin tak terasa akan tetapi impaknya   memberi keuntungan yang besar kepada golongan pemodal yang berurusan   didalam bidang ini seperti pengilang, pemborong dan pengedar kerana   mereka orang tengah yang bersih tangan(maksudnya tidak perlu bersusah   payah/berlumpur mengendali sawah seperti petani-petani. Manakala petani   pula menerima impak kenaikan harga barangan lain, seperti beras kena   beli dikedai, makanan-kanan asas karbohiderat seperti kuih muih dsbnya   akan melambung.
Jadi apa yang penting tentang Harga Padi ni adalah " U s a h  y a n g  l e b i h  k h u s u s  "
1. Meningkatkan Produktiviti Padi keatas sawah-sawah yang ada sekarang
-   kita seing baca dalam Sinar Harian memaparkan masaalah padi tak berisi,   ini disebabkan antaranya tanah bertoksid kerana kimia dan keracunan   berlebihan tanpa diurai, lantarannya tanah tidak hidup atau kesetabilan   profilnya terganggu, serangan bakteria dan kulat perosak, serengga dan   tikus yang dapat merentangi kimia racun buatan  manusia (ini memberi   peluang mereka membina ketahanan diri terutama dalam waktu cuaca   lembab). Kimia penggalak tumbuhan seperti Foliar yang tidak bersesuaian   kerana tidak dapat membantu "menjadi tanah hidup ". Foliar perlu   bersumber galian dari tanah bawah di sawah itu sendiri. Foliar yang   dibekalkan sekarang ni tak menyokong cara ini... 
2. Membuka "Kawasan Penanaman Padi Baru " 
3.   Sistem tanaman padi perlu kembali kepada Sistem Tanam berjarak kerana   Sistem Tabur Terus sekarang sebenarnya tidak menggalakan "Pertumbuhan   atau Percambahan Anak-anak pokok padi dengan banyak. Ini kerana terlalu   rapat seperti menyemai. Benih yang ditabur perlu dijarakan supaya dapat   menyerap lebih banyak zat dan galian(tidak berebut makanan) dan cahaya   matahari sekurang-kurangnya optimum untuk proses penukaran karbohiderat   kepada tenaga dengan sempurna.
4. Membuat pindaan Akta Lembaga   Kemajuan Tanah seperti MADA dll supaya ditadbir urus sepenuhnya oleh "   Pengurusan Kerajaan Negeri yang berkuasa keatas Tanah ". Sekarang ini   berlaku pertindihan Kuasa keatas sebidang tanah sawah iaitu Kerajaan   Pusat dan Kerajaan Negeri...perkara ini memperlihatkan kurang efisyen   dari segi keprofesionalan pengurusan kerana berlaku bertindih   kepentingan. 
5. Membekal Biji Benih yang bermutu 
 - Iaitu   yang tidak mewarisi sebarang penyakit, Matang (tak ada yang cacat),   Bersesuaian dengan kawasan tanah sawah itu sendiri(bukan yang   berhampiran pantai untuk kawasan daratan kerana kultur sistem tanahnya   ada perbezaan)dsb  
6. Melatih atau berikan petani-petani menggunakan Teknologi Mikroba semulajadi.
SEPATUTNYA   YANG MENDAPAT UNTUNG ADALAH PESAWAH. JIKA PESAWAH MENDAPAT UNTUNG YANG   LEBIH ....DIRASAKAN TIDAK PERLU HARGA PADI LEBIH TINGGI..
Sekarang   yang mendapat untung besar dari sawah adalah Penyewa Jentera Pembajak,   Jentuai Padi, Pembekal Kontrak Baja Kimia, Foliar, Penyewa-Penyewa Lori   Pengangkut, Pembekal Biji Benih, Pengilang, Pemborong Beras dan   Peruncit.   
 

 
1 ulasan:
Sebenarnya kaedah yang paling berkesan ialah petani sendiri yang memproses padi kepada beras dan memasarkannya sendiri seperti yang berlaku di Thailand. Untuk itu kerana perlu membenarkan setiap petani memiliki mesin beras (mini rice huller) yang banyak terdapat di pasaran Thailand, India dan China pada harga sekitar RM2000 ke RM5000. Secara kasarnya pendapatan petani yang mengeluarkan 8 tan padi (RM7000) selepas ditolak 18% ke 20% boleh mencapai sehingga RM14,000.
Catat Ulasan