Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2010

HIDUP MELAYU dah nak dijadikan MELAYU CEMERLANG..!!

Alahai nak tukaq buat apa la oi.. dah MELAYU tak larat nak hidup dah sekarang nie asyik merempat dibumi sendiri... dok macam orang mintak sedekah jaa.. asyik dok tadah tangan mintak subsidi... jadi hangpa dah tak mampu nak bagi peridup semula terus hangpa cadang nak tukaq slogan pie ke MELAYU CEMERLANG....

CEMERLANG tang mananya cuba habaq mai sat....



pakat-pakat dengaq slogan "HIDUP MELAYU" tuuu....

Sebelum nie Pulau Pinang UMNO jadi Ketua Menteri kee..??
MELAYU mana yang sengsara nie.. MELAYU UMNO kee..??

SEBENAQNYA BENDA NIE JA YANG HANGPA DOK PULONNYA


Umno dicadang tukar slogan

Slogan Umno 'Hidup Melayu' dicadang diubah kepada 'Melayu Cemerlang' agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masakini.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan.

"Slogan Hidup Melayu lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Dalam Organisasi di Bangunan Umno Bahagian Besut di Jerteh, hari ini, lapor Bernama.

Ahad, 21 Jun 2009

Fwd: UMNO@ICU : KERIAU lah sekuat mana selagi anda boleh KERIAU...

Assalamualaikum...

heh heh heh memang betoi la UMNO nie dah tenat masuk ICU dah... nampak sangat depa dah meroyan dah gila tahap cipan dah nak bincang nie... kesian laa sikit kat depa dok nak bincang sungguh2 tuu takan tak teliauq kot... bukan dah terok sangat aku tengok UMNO nie... bukan main dok canang 1Malaysia last dok ajak PAS bincang2 dengan depa... he he he... nasib ko la UMNO... tak larat aku nak bebel dah... cuma satu jaa pesanan... KERIAU lah sekuat mana selagi anda boleh KERIAU...

KUALA KRAI: Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu "lampu hijau" daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan PAS Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed.

"Kami menunggu lampu hijau daripada Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) sebelum membuat sebarang langkah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program basmi kemiskinan peringkat Kelantan anjuran Giatmara, di sini petang semalam.

PONTIAN 20 Jun - UMNO kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pas yang tidak berminat untuk mengadakan sebarang perbincangan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
KUALA LUMPUR 20 Jun - Proses penubuhan kerajaan perpaduan masih jauh kerana UMNO ingin mengadakan perbincangan mengenai kepentingan bersama dengan Pas terlebih dulu.

Ahad, 1 Mac 2009

Siapa BEROK sekarang nie..!!??

Assalamualaikum,

Sebelum aku tulis apa-apa aku nak gelak sat...

HAH HAH HA HAH AHAH HAAH HA HAA HA..!!

Bukan apa syok jugak tengok PEMUDA UMNO dok kumpoi sana kumpoi sini dok belarak sana belarak sini dengan ISU DERHAKA mereka... syokk ooo rupanya... kalau tak syokkk tak kan depa hari2 ada kumpoi2 nie...

Lanie baru hangpa tau betapa syok nya bila dok kumpoi ramai2 dan dok melaung-laung nie.. bukan dulu hang pa kata macam2 kat puak pembangkang yg suka dok kumpoi2 nie... aku ingat lagi apa yg di katakan oleh anak menantu PM dulu masa buat 100k BERSIH dulu..... iaitu sedap mulu dia ja kata kat orang BEROK..BEROK....

hah..! lanie sapa BEROK nya... tuu laa jangan kata kat orang main sedap mulut.. lanie dah kena kat kepala hangpa balik...tak gitu BEROK...he he he...!!


Isnin, 23 Februari 2009

SOKSEK-SOKSEK CALON PILIHAN UMNO BUKIT SELAMBAU..!

Assalamualaikum,



Nie aku nak habaq kat hangpa semua.. dari soksek yg aku dengaq nampaknya UMNO Kedah dah ada calon Pilihan depa.. tapi pimpinan pusat nak terima atau dak terpulang la paklah dan najib buat keputusannya...

Aku dengaq lagi bukan main hebat lobi nya UMNO supaya Bkt Selambau nie di bagi balik kat depa setelah dok bagi kat MIC beberapa penggal... dan calon yg dipilih nie pon boleh menyebabkan SARAVANAN pon jatuh Rangking Ke 2 untuk calon pilihan...

Berita Soksek nie benaq atau tidak tak tau laa tapi mau tau laa nama pon soksek macam-macam hal boleh jadi....

calon tersebut ialah Tokey FARMASI yang mana hang pa pon tau dah sapa bila sebut FARMASI.. MERBOK dan satu lagi BURUNG LAYANG-LAYANG... hangpa teka la noo..

Sekian Laporan SokSek AnakKedah....