Jumaat, 26 Mac 2010

HULU SELANGOR : UMNO & MIC dah start nak rebut kerusi..

oleh AnakKedah007

dah start bertekak dah nak letak sapa... UMNO kata depa mampu menang tapi cepat2 MIC umum calon depa....gaduh cepat sikit...biaq sapa pon tak menang last PAKATAN RAKYAT yang menang....

Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.
Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari. SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya. Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

MIC Akan Calonkan Palanivel Sebagai Calon Hulu Selangor
KUALA LUMPUR: MIC akan mencalonkan Timbalan Presidennya, Datuk G. Palanivel sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung tidak lama lagi, kata Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Palanivel yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat merupakan bekas ahli Parlimen Hulu Selangor daripada tahun 1990 sehinggalah beliau tewas pada pilihan raya ke-12, 8 Mac 2008. Bagaimanapun, samy Vellu berkata parti itu akan hanya akan mencadangkan nama tersebut dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk membuat keputusan. "Datuk Palanivel mempunyai peluang baik untuk menang kerana beliau telah berkhidmat dengan baik di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: