Rabu, 3 Mac 2010

Masalahnya Bukan pendidikan Sek tapi puncanya Didikan Agama...

Oleh AnakKedah007


nie kalau anak murid tanya nie menatang apa???
Apa laa cikgu tu nak jawab nanti....

halu lesong... batang aiskrim...penumbuk cabai...
..
Aduhhhhhhhhhhhhhhh aku dah naik pening mikir pimpinan2 kita buat keputusan... apa yg dikalutnya dengan pendidikan Seks nie... benda2 seks nie takyah ajaqnya nie benda naluri...benda nikmat Allah swt kurniakan kepada pasangan yg berkahwin.... Masalah utama skrg nie budak2 yg buat seks gila nie depa tak paham apa itu dosa apa itu pahala apa itu neraka apa itu syurga.... benda nie yg utamanya...

janji benda2 nie nak ajaq kena masuk bab AGAMA.. jd isunya skrg bab AGAMA yang kena ditekankan..... kalau kepada kapiaq yg tak ada semua benda tadi kita tekankan bab MASALAH SOSIAL dimana benda nie tak elok untuk kesihatan untuk kehidupan jadi kalau selsaikan bab nie rakyat dah tahu mana satu dosa mana satu pahala...maka mai bab seks nie tak akan wujud....


tapi masalah skrg sakit kaki pie makan ubat sakit kepala... itu yg puncanya...

entahlaaa nak kata apa pon tak tau.... tok wan aku tak pie pon pendidikan seks nie anak dia ada 8 orang... pak aku pon tak pie benda nie ada 5.... aku yg tak pie nie pon dah ada 3..... jadi apa kena mengena dengan Pendidikan Seks nie plak....


Thahhhhhhh laa hangpa nie gila dah semua aku rasa...........


Guru belum sedia ajar pendidikan seks
Mac 2, 10 2:50pm

Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau berkata, guru takut mereka mungkin disaman ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

"Malaysia adalah negara pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar," katanya.

NUTP adalah kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000 guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan.

Lok berkata kesatuan itu berharap Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.

Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin, kebanyakannya pelajar.

Sementara itu, tinjauan di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan kandungan kursus itu.

Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: "Saya menyokong penuh tetapi saya tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah wanita".

Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.

Sementara itu, M Arumugam, 44, berkata adalah lebih baik jika profesional dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada pelajar.

"Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan guru-guru latihan ketika waktu kerja," katanya.

Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu mengendalikan subjek yang kompleks itu.

"Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam memilih calon yang sesuai untuk kerja itu," katanya.



Tiada ulasan: