Sabtu, 1 Mei 2010

BERSIH... 100 Ribu harapan rakyat yang di sia-sia kan oleh Pimpinan PAKATAN RAKYAT

Nukilan AnakKedah007.blogspot

Aku kata lama dah BERSIH nie perjuangan dia mana seattle lagi...cuba tengok betoi2 dah terlaksana ka apa yg diperjuangkan tuu...keluaq berpuloh ribu orang tapi apa kerajaan buat dengan permintaan tersebut...


1- Guna dakwat kekal - ada ka SPR buat benda nie..mana ada pon..masa election dulu dok hingaq nak buat siap beli dah dakwat tu..last cancel..kena perbodoh macam tu jaa dengan SPR....tapi apa tindakan kita..diam jaa dok syok menang banyak..padahal benda dok kecoh nie still berjalan...benda bukan susah pon nak celup jari nie tapi impak dia besaq kerana banyak benda dapat seattle...

2- Mai bab pembersihan daftar pemilih - tok sah dok nyembang laa sampai skrg SPR nie dok buat bodoh jaa bila jawab isu nie..mcm kat Hulu Selangor senang mak bapak depa ja ubah tempat org mengundi sampai setengah tu cempera tak tau ngundi dimana...

3- bab Undi pos plak sampai skrg asyik dok kena perbodoh dengan SPR nie...1000 org undi pos cuma 100 ja undi PR..nak kata yg dok ngundi tu tak cerdik depa puak2 yg bijak pandai jaa..askar, polis, pekerja luar negara..nie kira puak2 educated nie takan tak reti beza baik buruk..sedangkan rakyat marhaen yg pangkah kat luaq nie dapat result 50/50 beza cuma 1000, 2000 jaa tapi mai undi pos terus tersungkuq...kompom sahih bukhari ada kecoh nie...tapi apa kita buat...buat bodoooo jaa....

4- masuk bab MEDIA..yg nie tak sah dok mintak laa dulu kini selamnaya RTM,TV3 tu kira harta mak bapak depa sorg jaa..nak kata apa nak kutuk apa nak fitnah apa depa main belasah jaaa...depa bukan peduli pon etika kewartawanan....

hah..dah selesai ka perjuangan BERSIH tuuuu...satu pon tarak lagi..semuanya elekkk bol chit....turun berarak ramai2 dah start boh gear utk cucuh semangat last dok kena kencing macam tu la jugak...PIMPINAN entah dok syok menatang apa tak tau....

dah dapat pangkat dah dapat jawatan dah jadi ADUn dah jadi Ahli Parlimen dan jadi EXCO dan jadi MB dah jadi KM...habis lupa perjuangan BERSIH...last bila kena kencing sekali lagi dgn SPR baru dok kalut nak bagi semangat balik BERSIH nie...

pierahhhhhhhhhhhh kalau macam nie perjuangan hangpa panas dan hangat-hangat taik ayam jaa.. kira sia2 jaa 100,000 rakyat turun bagi semangat.... tapi semangat tu dah jadi semangat yang hilang....

Dan Bila dah Kena PERBODOH semula baru dok kalut nak hidupkan semula BERSIH nie.....

entahlaaaa hangpa pikiaq la sendiri..!!!


BERSIH Perlu Dihidupkan Semula

Calon Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menyeru badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menghidupkan kembali gerakan memulihkan sistem pilihanraya tanahair.

Mengulas apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid berkata, rakyat Malaysia tidak harus membiarkan senario seperti pilihanraya kecil Hulu Selangor berulang kembali.

“Kita harus mempunyai pilihanraya kecil yang bebas. Saya menyeru badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti BERSIH untuk menghidupkan semula kempen-kempen supaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan undang pilihanraya diaplikasikan di negara ini sama dengan negara lain" ujar Zaid.

1 ulasan:

Pemuda BERSIH berkata...

betul tuuu saya setuju dengan pendapat saudara...kita berjuang seperti hangat-hangat taik ayam...masa lepas kena pijak taik masih terasa kepanasan dan bau dia..tapi bila sudah lama bau pon tak ada taik sudah keras maka kita lupa semua tuuu...