LARANGAN MEMINTA JAWATAN KEPIMPINAN
Maksud:  Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua  orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang  daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua  wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda  bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa  yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" 
Hadith  menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatan  kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan  kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam  Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan  takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah  tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah.  Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu  dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa.
Al-Qadhi  al-Baidawi (meninggal 537H) dalam mensyarahkan persoalan meminta  jawatan kepimpinan: "Tidak sepatutnya bagi yang berakal bergembira  dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan dengan penyesalan".  Berkata al-Muhallab (meninggal 435H) pula : Keinginan untuk memperolehi  kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya  sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah. *2
Justeru  itu, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang  tamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak  dilantik. Ini dapat menyelamatkan dua perkara bahaya:
i.  Amanah kepimpinan jatuh ke tangan mereka yang tidak takutkan Allah dan  tidak memahami bahawa kepimpinan akan dipersoalkan di akhirat.
ii. Berlakunya perebutan kuasa di kalangan ummat yang akhirnya membawa kehancuran.
 Persoalan  kepimpinan di dalam Islam bukan sahaja melibatkan perkara kepakaran  tetapi juga membabit persoalan keberkatan dan pertolongan Allah yang  bakal turun kepada kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. Oleh itu dalam  hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda  Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah
Maksudnya:
 "Wahai  `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya  jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan  (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka  engkau dibantu" *3
Kata  al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari: "Maksud hadith di  atas ialah sesiapa yang meminta jawatan pemimpin lalu diberikan  kepadanya maka dia tidak diberikan bantuan disebabkan  keinginannya…".katanya lagi: "Sesiapa yang tidak mendapat bantuan  daripada Allah terhadap pekerjaannya maka dia tidak akan mempunyai  kemampuan melaksanakan pekerjaan tersebut. Oleh itu maka tidak  sepatutnya diterima pemintaannya (untuk menjadi pemimpin)." *4
Dalam  kata lain, sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan  menolongnya jika dia memerintah. Sesiapa yang tidak ditolong Allah tentu  dia gagal melaksanakan amanah seperti yang dikehendaki Allah, sama ada  yang kecil ataupun yang besar dan dalam apa urusan sekalipun. Orang  telah dipastikan dia tidak dibantu Allah adalah nyata kegagalannya dari  awal lagi, maka wajar dia dihalang dari diberikan jawatan berkenaan.
 
4 ulasan:
Syarat Menjadi Hamba Allah Islam – Surah Al Furqan Ayat 63 hingga 74
1. Sentiasa berjalan dengan sopan santun/rendah diri.
2. Sentiasa menyebarkan budaya Salam.
3. Laksana Qiamulail (berdiri dan sujud kepada Allah) waktu malam.
4. Sentiasa berdoa dijauhkan dari siksa neraka jahanam.
5. Sentiasa sederhana, tidak kikir dan boros semasa berbelanja.
6. Hanya berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah sahaja.
7. Tidak membunuh.
8. Tidak Berzina.
9. Sentiasa Bertaubat.
10. Sentiasa Beriman.
11. Sentiasa Beramal Saleh.
12. Tidak memberi persaksian palsu.
13. Berpaling dari kejahatan dan menjaga kehormatan diri.
14. Tidak bersikap tuli dan buta kepada Ayat Allah.
15. Sentiasa berdoa kebaikan kepada pasangan/isteri.
16. Sentiasa berdoa kebaikan kepada anakx/zuriat.
17. Wajah disenangi dan menenang hati bila dipandang.
18. Menjadi Pemimpin yang bertakwa.

terima kasih sahabat..
bukan apa ada org macam suka pulak bila nak jawatan nie... jika dah kalah tu buat sajalah cara kalah... laksanakan tugas bagi mana jawatan yang masih menang dan yg dipikul tuuuu... yg dok ada tu pon tak tertanggung nak buat kerjanya..... dok kalut ligan yg dah tak menang tuuu.. manusia manusia...
Catat Ulasan