Rabu, 8 Mei 2013

PRU13 & Kejatuhan Kedah - Azizan & Kesihatan... doa-doakan semoga Azizan sihat semula..!!

Inilah faktor utama mengapa kami mahukan beliau mengundur diri...tapi nak kata banyak2 pun beliau sedang tak berapa sihat..kira kami masih hormat dan kami doakan semoga beliau sembuh semula supaya kami nak meluahkan perasaan yg berbuku di hati ini...

Antara faktor untuk jadi calon KESIHATAN perlu kita lihat.. Jadi sendiri mau ingat kenapa page : https://www.facebook.com/AzizanSilaLetakJawatan?hc_location=timeline ini di lahirkan...!!!

Azizan Razak sakit jantung ke ICU Hospital P.Pinang

Datuk Seri Azizan Razak malam tadi dikejar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang dekat George Town.

Bekas Menteri Besar Kedah itu dikatakan berdepan kompilasi jantung pada tahap kritikal.

Difahamkan, beliau petang tadi dipindah dari Kedah Medical Center (KMC).

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Kedah itu menerima kritikan banyak pihak ekoran Kerajaan Negeri berjaya dirampas oleh Umno Barisan Nasional sempena PRU13 baru-baru ini.

Berita lanjut, menyusul kemudian. klik sini

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut nak lepas apa terbuku di hati boleh gol terus Pesuruhjaya Kedah ni.

Tak pa tak boleh dapat tanduk, kita pulaslah telinga... mai kita bantai 'kumpulan sokong yang membawa rebah' ni?