Selasa, 9 Mac 2010

Amanah tengkorak hangpa... sapa suruh tak bayaq hutang...

Amanah tengkorak hangpa... sapa suruh tak bayaq hutang... lanie tanggung sendiri laa... kalau hangpa rasa juara rakyat sangat pie tolong bayaq laa hutang puak-puak yg berhutang tuuu....

Mai sini aku nak ulang habaq kat UMNO BEBAL nie.... kepada mana-mana penghuni yang betoi2 susah dan dah tak mampu bayaq hutang sewa rumah nie hangpa semua di persilakan ke WISMA NEGERI jumpa MB disana... dia akan pastikan hangpa akan dapat bantuan sewajarnya...

Nak kesah apa kita ada banyak intitusi nak huluq bantuan seperti JKM, Pej. Zakat, NGO, YKN serta sebagainya.... masa nie lah kita akan pastikan mana-mana golongan yg berhak akan dapat bantuan bukannya kepada golongan yg kaya raya, kereta besaq dua tiaga biji, jadi ketua cawangan, ASTRO mencacak atas bumbung, handphone dari mak sampai ke anak tapi sewa rumah tak mau bayaq...apa kejadahnya macam ini....

Sedap aihh hangpa kata bersabaq sebelum.. itu bukan bersabaq itu hangpa tak reti memerintah namanya.. dok biaq 23 ribu rakyat yg dok tunggu list nak dapat rumah awam teraniaya... teraniaya mcmana...hangpa tau dak nie...?? Naya la sebab rumah nie untuk orang miskin dan mampu milik... depa yg dok tunggu nie tak dapat disebabkan hangpa punya sabaq dok biaqkan puak2 yang hutang nie dok dalam rumah tu macam harta mak bapak depa punya...

cuba laa pie sewa rumah tu kat taman mana-mana dah tentu tuan rumah tu halau keluaq buta kareee macam tuuu jaa... KASSIM SELAMAT YG BUTA TU PON TUAN RUMAH HALAU.. niekan pulak yg kaya raya.....

Lanie sapa yg nak jelaskan HUTANG tersebut pie MINTAK KAT UMNO sebab depa JUARA RAKYAT...pie mintak lekas....!!!

SUNGAI PETANI - Tindakan Kerajaan Negeri yang dikatakan menghalau atau memaksa penduduk perumahan awam di Alor Setar untuk keluar dari rumah yang sudah lama diduduki mereka akibat tidak membayar sewa dianggap sebagai tindakan lari dari amanah.

Ia tidak sepatutnya tidak berlaku demi membela nasib rakyat.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri Kedah tidak sepatutnya menghalau atau menyuruh mereka berpindah ke tempat lain memandangkan majoriti penduduk di situ adalah terdiri daripada golongan kurang berkemampuan yang perlu dibela nasib mereka.

Menurutnya, kepimpinan Kedah yang dipacu Barisan Nasional (BN) terdahulu lebih mengambil berat mengenai masalah penduduk yang terdiri daripada golongan miskin yang tidak mampu untuk membayar duit pinjaman perumahan terbabit.

"Sebelum ini BN boleh bersabar dengan perkara ini dan bertolak ansur mengenai pembayaran sewa rumah yang diberikan penduduk ini. Namun, mengapa Kerajaan Kedah (Pas) tidak dapat berbuat demikian sedangkan mereka (Pas) sering melaungkan untuk memperjuangkan nasib rakyat?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam

Apa habaq? Terima kasih atas blog yang baik memuatkan pelbagai maklumat. Dapat juga kami di perantauan ini dok ikut apa yg dok jadi kat sana la ni.