Khamis, 28 Februari 2013

Isu Kalimah Allah - Jawapan untuk UMNO BN & Utusan Malaysia yangdok spin salahkan PAS...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

 

 

 Kenapa hendak salahkan TG Hadi Awang sedang anda sendiri yang ekor berlumuran taik.. Maka Ini Jawapan UNTUK UMNO BN:

 

HUJAH PERTAMA :

Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
April 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan "menodai" undang-undang Islam negara ini.

 Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah "diceroboh" dan "dinodai" oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

 "Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

 "Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

 "Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

 "Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini," katanya.

 Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

 "Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

 "Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai," katanya.

 Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

 Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

 Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

 Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 "Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris.

 Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan.

 Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

 Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/alkitab-putrajaya-sendiri-nodai-undang-undang-islam-kata-mufti-selangor


HUJAH KEDUA :

Memo dari Ketua S/Usaha Kementerian Dalam Negeri berkenaan arahan membenarkan naskah bible di import ke negara Malaysia YANG ada tulisan ALLAH.

 


HUJAH KETIGA :


HUJAH DARI MENTERI DATUK NAZrI AZIZ :

Isu Kalimah Allah, Nazri Aziz benarkan bukan Islam guna di Pulau Pinang

MENJELANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, maka isu kalimah Allah perlu dimainkan semula oleh Umno bagi meraih sokongan orang Melayu untuk mengundi parti itu. Ingat! Propaganda Umno meraih sokongan menggunakan elemen 3R (Race, Religion, and Royal).

Namun ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun 2010, Umno sendiri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Sila rujuk laporan akhbar The Star di bawah ini.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation

Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama  (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah. 

Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno.

Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini.

milosuam




USIA kecewa kenyataan Nazri Aziz

KOTA KINABALU 18 Jan. - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak sebagai tidak mencerminkan aspirasi umat Islam di negeri ini. 

 Sambil mengaku kecewa, Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin menegaskan, kenyataan menteri itu juga tidak mewakili suara majoriti umat Islam di Sabah 

 "Lebih menyedihkan, kenyataan itu juga dibuat tanpa berbincang dengan pemimpin Islam di Sabah.

"Kita tidak bersetuju dengan kenyataan (Mohamed Nazri) itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Minggu lalu Mohamed Nazri berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi. 

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Mohamed Nazri dilaporkan berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di Putrajaya minggu lalu.

 Abdullah berkata, maklumat yang diterima daripada akar umbi USIA jelas menyatakan kekecewaan dengan kenyataan Mohamed Nazri tersebut.

 Kata Abdullah, pertubuhan itu tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan ia khusus untuk orang Islam sahaja. 

Sehubungan itu beliau berharap mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan supaya memahami isu sebenar bagi mengelak kekeliruan.

''Kerajaan telah mempertanggungjawabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk tujuan itu.

''Justeru kita perlu memberi kepercayaan kepada beliau (Jamil Khir Baharom) untuk menanganinya tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam," tegasnya. 

Menurut Abdullah, walaupun Sabah dan Sarawak tidak mempunyai enakmen yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah tetapi ia bukan alasan untuk menggunakan kalimah suci sewenang-wenangnya. 

Beliau menambah, USIA akan menghantar wakil untuk menyertai muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 21 Januari ini di Kuala Lumpur bagi menyatakan pandangan dan maklum balas mengenai penggunaan kalimah Allah.[Utusan]

2 ulasan:

otaistillkick berkata...

pemimpin bn / umno memang munafik

Kelemahan yang nyata adalah dari wakil kerajaan kerana menghantar orang yang tidak layak berhujah maka mereka kaku untuk berhujah .Mereka tidak dapat menandingi hujah - hujah Dr Asri , Ustaz Hadi , Md Nur Manutty , Prof Osman Bakar.

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/02/muzakarah-dan-polimek.html

Awanama berkata...

itu pun ada lagi pecacai omno nak pusing isu lapok ni