Khamis, 8 Mei 2014

Kita pun boleh jadi JUTAWAN jika dok hutang berbillion2 dengan Kerajaan Malaysia

Mudah sungguh mereka menjadi JUTAWAN didalam negara kita.. pie buat LOAN berbillion-billion dengan KERAJAAN lepas tu jadilah JUTAWAN.....

Bila kerajaan Malaysia duit tak ada maka dipikiaq pulak cari duit dengan RAKYAT...lalu dilaksanakan GST... dulu kutip kat TOKEY susah nak bayaq maka mai kutip kat RAKYAT bawahan... tak kira hang kaya ka miskin ka dia rembat semua...

Alasan depa bagi GST nie menyebabkan harga murah... memang la murah dulu masa SST cukai tokey besaq ja dok bayaq...hangpa ambik la 10% ~ 15% tapi dah depa ngelat nak bayaq lalu hangpa mai sedut kat rakyat tapi kat rakyat hangpa ambik 6% jaa jadi barang jadi murah sikit...

Tapi murah kena kat hangpa laaa... masa TOKEY dulu depa tak ramai tapi bila mai kat RAKYAT nie depa ramai kutip sekupang pun kira dah untung berkandaq dah....

Itulah KERAJAAN MALAYSIA bila duit banyak pula lalu difaraid kat TOKEY-TOKEY besaq kat atas untuk berhutang dan bila duit habih mai pulak kutip kat RAKYAT....

Kelaku macam nie kena kat hangpa laaa yang kena hisap darah dia tetap RAKYAT di bawah....

Isnin, 5 Mei 2014

Nak Tanya - Syariat ISLAM nie hanya laksanakan HUDUD sahajakah?

Ini sebelum PRU13 tapi kenapah sekarang lain pulak?

Nak tanya...?

- Bab perbankan islam yg mencekik darah tak dak pakar ekonomi Pas kalot.
- Bab insurans kapitalis yang mencekik tak dak sapa pulun nak perbetoi bagi ikut syariat.
- Bab agihan zakat kepada asnaf tak dak sapa pulun nak bagi elok.
- Bab tanah wakaf yg teribiar
- Bab nasib ibu tunggal
- Bab nasib pendidikan anak2 di sekolah
- Bab anak2 yatim diperguna utk keuntungan
- Bab pegang jawatan dlm GLC gaji berpuluh ribu belasah duit rakyat....
- Bab royalti tak bagi..

tak dak nak kalot lagi dah.... islam nie semua perkara yang tak betoi, kalau diperbetoi adalah tuntutan syariat tapi tak dak kalot pun..... yang dikalotnya Hudud sekarang nie pasai pa???

Semua nie apa yang Presiden pernah kata dulu tapi skrg awat tak kata dah... dan jika benar laksanakan Hudud selesai semua masalah adakah kita sudah yakin dengan system KEHAKIMAN, Pihak POLIS yang melakukan siasatan, Pendakwaan yang mana ini semua masih di bawah rejim UMNO BN... sejak bila semua nie sudah jadi bagus..??

Jadi mai jawab sat sapa yang pandai bab nie.....

Isnin, 14 April 2014

Bila Pimpinan PR LENA, Blog Musuh ambik kesempatan menfitnah PR, namun dilihat PR macam redha sahaja..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Aku dah lama tak menulis namun bila dok tengok blog haramjadah satu nie sedang memporak perandakan PR teras amacam nak sentuh sikit... Inilah bahananya bila PIMPINAN PR LENA.. seronok dengan jawatan dan kuasa yang ada... musuh sedang buat kerja tapi hangpa LENA dan terus LENA... cuba buat serangan bertali arus keatas blog ini untuk menafikan bahawa ia milik PR.. nia tak cakap sekejap lepas tu diam....

Blog "negarapakatanrakyat.blogspot.com" masih lagi menjalankan kerja fitnah mereka keatas kerja buat pakatan rakyat dengan memasukkan jarum untuk melihat kesepakatan dalam PR tidak terurus dengan baiknya.. terkini mereka menulis artikal menfitnah lawatan PM keatas Dato Harun Din di hospital...

 

Blog ini sudah berapa kali dah mengeluarkan artikal untuk menyerang sesama PR namun yang terbaru ialah artikal bab "'Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan'" dan  "Anwar Tahu Lokasi MH370, Akan Dedahkan Khamis Nanti".

Dua artikal nie menajdi panas sehingga Utusan Malaysia pun ambil buat rujukan....

Modus operandi mereka mudah iaitu buat blog seperti milik pakatan rakyat namun dalam banyak2 artikal yang di copy paste itu akan dikeluarkan yang satu dua untuk melihat ada percanggahan dalam pakatan rakyat..

Kemudia artikal tersebut akan di masukkan dalam blog dan FB milik BN dan mereka berbincang macam PR yang tulis artikal tersebut...

Jadi kepada pihak PR cubalah buat sesuatu keatas strategi musuh yang cuba membelaga satu sama lain serta menfitnah PR ini... sekadar kenyataan dibawah ini nampaknya tidak berkesan kerana masih ramai yang mengatakan blog tersebut milik PR walaupun sudah dinafikan berkali-kali..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4Zd8-Zt4eCcDhk8zcFQTzOU85UQgqFuNWGp04-4S3lQQuAU9nk37hr00pQHRMua9wh-Pl_aYZVVhGOgQE4I7e-FYePmDhFxO5rbVqeNYbSi9Mls5liWbdrsMFfTMAZUJ4eHvMGGasBdo/s280/2013-11-11_235514.jpg

Blog 'Negara Pakatan Rakyat' bukan milik PR

Oleh : Lizawati Madfa,

SHAH ALAM 12 NOV : Pakatan Rakyat (PR) menafikan bahawa blog 'Negara Pakatan Rakyat' dikendalikan dan dimiliki oleh gabungan parti PKR, PAS dan DAP itu.

fahmi-fadzil 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan mereka sama sekali tiada kaitan dengan pengendali blog itu, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman berkenaan juga tidak melambangkan dasar atau pendirian politik parti-parti komponen PR.

 

Menurut beliau, PR tidak pernah mempunyai atau mengendalikan sebarang blog dan hanya mengendalikan laman sesawang pakatanrakyat.my.

 

"Artikel terbaru blog terbabit menyatakan kononnya PR ingin membela pembunuh pegawai Ambank, dan merupakan kenyataan sama yang pernah dibangkitkan blogger Papagomo terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran yang kemudiannya tampil membuat penafian.

 

"Kenyataan-kenyataan dalam entri yang keluarkan di blog Negara Pakatan Rakyat juga adalah fitnah semata-mata," kata Fahmi ketika dihubungi Selangor Kini.

 

Fahmi berkata demikian bagi mengulas kemunculan blog Negara Pakatan Rakyat di alamat negarapakatanrakyat.blogspot.com yang sehingga kini mempunyai lebih 400 entri dengan 27 pengikut.

 

Entri terbaru yang bertajuk 'Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan' paling mendapat perhatian dengan respon tertinggi pembaca.

 

Terdapat banyak respon yang kecewa dan marah dengan entri berkenaan, namun terdapat juga pembaca yang sedar blog itu bukan milik PR selain mendakwa ianya didalangi 'cybertrooper' Umno.

Bagaimanapun, Fahmi berkata beliau tidak mahu menamakan mana-mana pihak sebagai dalang di sebalik usaha jahat dan terdesak dalam memburukkan imej PR itu.

 

"Sebelum ini wujud juga blog suarapakatanrakyat.com sehingga media Umno, Utusan menggunakannya sebagai bahan berita.

 

"Untuk kali ini jika ada lagi rujukan kepada blog berkenaan, maka kita boleh lah kata bahawa ianya digunakan media pro-Umno memburuk-burukkan imej PR," kata Fahmi.

 

-EZY