Isnin, 24 November 2008

BPR | PUTERI | BILIK HOTEL | PERAKUAN PALSU

3 ahli Puteri buat laporan polis
Oleh Hussain Said
bhnews@bharian.com.my

Pegawai BPR dituduh soal siasat dalam bilik hotel tanpa pegawai wanita

BAHAU: Tiga ahli Puteri Umno Jempol membuat laporan polis terhadap pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwa menyoal siasat mereka dalam sebuah bilik hotel murah di sini tanpa ditemani pegawai wanita dan mendakwa diugut serta dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong calon tertentu pada pemilihan Umno bahagian itu bulan lalu.

Seorang daripada tiga ahli Puteri itu, Zalina Muhammad, 30, mendakwa dipaksa duduk atas katil dan dikelilingi antara lapan hingga 10 pegawai BPR ketika di bilik hotel itu, kira-kira jam 9 pagi.

Beliau mendakwa mereka dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong Ahli Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua Umno bahagian, Datuk Lilah Yasin, timbalannya yang juga Setiausaha Khas Menteri Pelajaran, Mohd Salim Shariff dan Naib Ketua, Mustapha Nagoor pada pemilihan jawatan bahagian 12 Oktober lalu. (LAGI)

AnakKedah007 : Aduh jika macam nie punya kelaku penjawat awam.. masalah nie.. orang akan hilang kepercayaan dan kredibility BPR pon boleh drop nie.. lepas tu paksa plak suruh ngaku buat benda salah... Tolong siasat sebentar pastu keputusan biar rakyat tahu...

Tiada ulasan: