Khamis, 5 Februari 2009

Katak dan Chess @ CheckMate

Aku sedang dok layan TEORI CHESS dalam kejadian LOMPAT SI KATAK LOMPAT nie.. alhamdulillah nampaknya dah ada insan2 yg memahami akan game ini..jadi kta tunggu dan lihat... kita tengok siapa yg kena....

Impak Kemelut Politik di Perak ( 03-02-09 )

Bagi aku, apa yang berlaku....... aku rumuskan;

Menambahkan Imej lagi BURUK kepada Najib.

Bakal menjadi PM ( Mac 09) .Sanggup guna jalan pintas untuk merebut kerajaan negeri Perak.

Memburukkan lagi IMEJ BN secara keseluruhan.

Parti parti komponen BN yang lain pasti juga akan TERKESAN dengan peristiwa ini.Semasa sidang media Najib, Pemimpin komponen BN lain tidak bersama-sama. Di mana MIC? MCA? PPP? GERAKAN? Aku rasa parti komponen BN lain juga tidak bersetuju.

Apa salahnya buat kerja dan tunggu PRU-13?

Kejar Perak.... Negeri Lain Tercicir?

Tak mustahil. Sebagaimana PRU 12, BN kejar Kelantan, 4 negeri lain tercicir. - Sekarang kejar Perak,.. Sabah, Sarawak, Negri 9, Melaka, Perlis, Johor, Pahang tercicir kelak. Siapa tau?

Tak Guna Terima Ahli Yang ROSAK / Tidak Berkualiti / Rasuah.

Inilah reaksi Tun Dr Mahadir

Cakap Tak Serupa BIKIN ( Lompat Parti).

Bila kes yang merugikan BN,.." Tidak Demokrasi dan Menghampakan Suara Rakyat" Bila kes meguntungkan BN,... " Inilah Demorasi, .. Rakyat Inginkan Perubahan "

Persepsi Kerajaan Yang Rasuah Semakin Menebal.

BN sanggup menerima dan bersekongkol 2 ahli DUN ( Changkat Jering / Behrang) yang dalam pertuduhan Rasuah demi menubuhkan Kerajaan Negeri.

Moga Dato Seri Ir Mohd Nizar tabah. PRU-13 Kelak .... BN akan menerima balasannya

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

chett February 5th, 2009 15:09

sokongan dan simpati rakyat akan bertambah jika Nizar disuruh letak jawatan…imej nizar mmg imej yg cukup menarik dikalangan semua kaum…. ermmm adakah ini satu agenda untuk menarik kembali sokong rkayat Perak kepada PR?? dikatahui perak adalah kubu kuat amno selepas johor…. mungkin ini satu tektik untuk menghapuskan amno dibumi perak?? atau menarik sokong pengundi serawak??? jeng…jeng..jeng…korbankan perak untuk serawak?? jeng..jeng..jeng…..serawak negeri yg kaya dgn hasil minyak dan balak…. what a good game from PR. adakah najib dah perasan dia dah masuk perangkap besar?? mengail ikan jaws kena la umpan pon besaq,,,, :D

Tanpa Nama berkata...

bila nak makan QUEEN nie :)

Tanpa Nama berkata...

Najib Abdul Razak : Ingatlah Tarikh Ini
Najib Abdul Razak,
Ya berseronoklah anda pada hari ini. Hari ini anda boleh tersenyum lebar dengan kejayaan anda untuk merampas Perak dari pemerintahan Pakatan Rakyat dengan cara Zionis. Anda berseronok kerana anda berjaya mengambil dua orang wakil rakyat yang bermasalah dan seorang timbalan speaker yang kecewa kerana tidak mendapat portfolio yang lebih besar dari jawatannya itu. Anda boleh mengangkat kepala kembali setelah menghadapi dua kegagalan di dalam pilihanraya kecil baru - baru ini dan anda boleh senyum kerana hilang dua kerusi dapat pula satu kerusi dengan melalui pintu belakang.

Tapi Najib Abdul Razak anda harus ingat. Semua orang mengetahui anda telah menculik dua bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat dan membawa mereka ke Pekan dengan kawalan rapi military, polis dan SPRM. Semua orang tahu.

Najib Abdul Razak,
Semua orang tahu, bagaimana anda benar - benar mahu membasuh kembali muka anda yang terpalit penuh dengan tahi akibat kekalahan besar di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semua orang tahu, BN sudah tidak mampu lagi menghadapi mana - mana pilihanraya dan untuk merampas kembali kekuasaan BN maka cara kasar anda gunakan malah sanggup ambil orang yang bermasalah. Semua orang tahu anda akan berjaya mengambil kerajaan rakyat di Perak ini apabila anda mengarahkan agar SPR tidak membuat pilihanraya kecil di kedua - dua kawasan tersebut. Semua orang tahu wahai Najib Abdul Razak.

Najib Abdul Razak,
Anda puas? Anda senang hati? Senyumlah sepuas - puasnya. Ketawalah sepuas - puasnya. Bergembiralah dengan kejayaan busuk dan palsu anda. Mentor anda pun membantah dengan kegiatan merampas kekuasaan sebegini yang ala - ala Zionis.

Najib Abdul Razak,
Kami rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran akan mengingati setiap tindakan dan perbuatan anda yang busuk, jahat dan keji itu. Sekali anda fikir kami tumbang, seribu kali kami akan bangkit. Satu negeri hilang, satu negara akan kami tawan. Sekali maruah kami hilang, beribu kali maruah anda akan kami malu dan hilangkan.

Ingatlah Najib Abdul Razak, Ingatlah tarikh ini 5/2/2009. Mulai saat ini, bermulalah serangan dari setiap penjuru yang kami akan lancarkan keatas kamu. Mulai saat ini, kami akan memastikan anda tidak mampu tidur dengan lena.

Ini Sumpah Kami...Najib Abdul Razak anda mulakan..kami akan selesaikan!!!!