Rabu, 2 September 2009

Awat TAK GUNA kan mamat SPIDERMAN tu utk promosi Malaysia


SPIDERMAN TAWAN PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETRONAS


'SPIDERMAN' Perancis, Alain Robert mengangkat kedua-dua belah tangan sebagai tanda kejayaannya menakluki puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Setelah dua kali gagal, lelaki warga Perancis yang terkenal dengan gelaran 'Spiderman' kerana kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan, akhirnya hari ini berjaya menawan puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas.

Alain Robert, 47, pernah memanjat bangunan yang mempunyai ketinggian 88 tingkat atau 452 meter termasuk antena pada 1997 dan 2007, namun kedua-dua percubaannya itu terhalang apabila ditahan pihak berkuasa di tingkat 60.

Sebaik menuruni salah satu puncak menara berkenaan, Menara Dua hari ini, Alain ditahan pihak keselamatan di tingkat 88 sebelum diserahkan kepada polis kira-kira pukul 8.20 pagi.

AnakKedah : hari Nie aku nak sembang bab mamat 'spiderman' nie.. aku heran laa awatnya KERAJAAN MALAYSIA tak ambik mamat nie untuk promosi Malaysia kita nie... padahal mamat sekoq nie memang dah gian gilak nak panjat KLCC.. jadik apa kata kita suruh dia panjat KLCC tuu sambil buat la live telecast biaq satu dunia tengok... dan dah tentu yg dapat nama selain mamat tu tentu negara kita MALAYSIA jugak..

nie tak semua org dapat tau yg KLCC tu security dia semua lena tak jaga kawasan elok-elok.. kalau mamat tu pie boh BOM C4 pon aku rasa pakat tak tau semua... jadi lanie org nampak system keselamatan kita macam hampeh.. buat bangunan tinggi2 last longgaq dia punya kawalan...

mamat tu bakan tak besa panjat KLCC tu.. dah 2X dia cuba try panjat akhirnya yg ke 3 nie berjaya dan bila masuk mahkamah siang tadi denda cuma RM2000 jaa... bukan tak ada duit mamat tuu.. terus dia bayaq dan terbang balik negara dia dengan kepuasan dapat menakluki KLCC...

entahlaa aku pon tak tau apa yg KERAJAAN Pikiaq la nie..

Tiada ulasan: