Jumaat, 23 April 2010

TPM akui sokongan BN makin menurun....

Cakap banyak tak mau TPM dah kompom dah depa nak kalah..tak caya kaa...cuba hangpa tengok hari nie apa statement dia yg di ambik oleh Malaysia Insider...kalau hangpa baca surat habaq kaa dan apa2 yg keluaq dari mulut menteri dan orang2 BN/UMNO nie kita kena baca secara terbalik..contoh
  • banyak keluaq = tak banyak laa tu
  • kita kuat = hakikatnya lemah laa tuu
  • minyak tak naik = kira nak naik laa tu
  • kita duit banyak = kira duit tak dak dah laa tuu
dan yang apa TPM cakap siang tadi aku rasa hangpa pon boleh baca dah macam mana..jadi kpd sahabat di Hulu Selangor teruskan kerja insya'allah kemenangan sudah didepan mata..jangan tinggalkan bukit uhud teruskan bekerja demi merialisasikan apa yg TPM kata ini....

Muhyiddin: Sokongan buat BN makin naik

HULU SELANGOR, 22 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini semakin meningkat.

"Saya dah lama di Hulu Selangor. Dapat lihat makin ramai yang sokong BN. Malam ini hadir lebih 500 orang, " katanya ketika berucap di Rumah Umno Johor di Batang Kali malam ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau yakin dalam hari-hari terakhir mengundi ini akan keluar banyak cerita tidak baik dan meminta para pengundi supaya sedar mereka berada di landasan yang betul.


Tiada ulasan: