Selasa, 13 Julai 2010

gelak sikit kat PERKASAM opsss PERKASA...hah hah hah hah.......

oleh AnakKedah



Cit ingatkan hebat..hari tu bukan main warning....kalau 48jam tak tarik balik kami akan buat sesuatu...last jadi pak mamat misai kontot jaaa.... ajak berdialoq...macam kelaku ahmad maslan dengan isu felda laaa.... mana pie keris dan tengkolok tuuu dah jadi mee kolok keee.....

gelak sikit kat PERKASAM opsss PERKASA...hah hah hah hah.......
Perkasa ajak Ketua Pemuda MCA berdialog jernihkan situasi
July 13, 2010

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Pertubuhan bukan kerajaan Perkasa masih meletakkan harapan untuk berdialog dengan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong bagi 'menjernihkan' suasana dengan menerangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya yang berkaitan dengan kaum Melayu dan Bumiputera.

Sayap pemuda Perkasa menunjukkan minat itu meskipun baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Wee berhubung isu biasiswa.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata pihaknya bersedia berdepan dengan Timbalan Menteri Pelajaran itu yang sebelum ini didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan: