Khamis, 2 Disember 2010

SADA : Kamu Zalim sebab hisap darah RAKYAT BAWAHAN 100%..!!

http://2.bp.blogspot.com/_LqhmQTzcRho/TPegbnjadeI/AAAAAAAAAGA/csg2qwJGRTc/s1600/2010-12-02_213249.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_LqhmQTzcRho/TPegbc6tgPI/AAAAAAAAAF4/Z0Oxs-HxP44/s1600/2010-12-02_213338.jpg

Assalamualaikum,

Pasai apa aku kata SADA penipu... depa kata bil ayaq naik cuma 27% sahaja selama 17 tahun... bab naik aku tak kesah tapi ini bab lock bil ayaq minimun dekat RM6... ini kira zalim bro hisap darah rakyat.... memang laa RM6 tuu bukan banyak mana pun tapi pada aku ianya akan jadik banyak kepada golongan marhaen yg dok kat dalam kampung sana... kepada golongan yang dok belasah rokok berkotak-kotak tu aku pedulik apa tapi aku tujukan kepada golongan bawahan.. iaitu golongan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang...

awat hangpa ingat rakyat Kedah nie dah kaya raya kaa.. kalau kaya aku rasa tak akan ada lagi rakyat yang akan hidup macam cerita sahabat kat blog nie...
[cukup kot dua cerita nie aku copy paste kat sini.. nie cuma nak habaq kat hangpa yang kat Kedah lanie masih belambak lagi yg hidup mcm tuu]

balik bab ayaq tadi... lanie hangpa nak penaik.. naik laa banyak mana pon... tapi mai tang lock RM6 minima tu aku rasa hangpa kena tengok balik laa... aku kata zalim sebab dulu mana2 golongan yg dok bayaq RM3 nie aku rasa golongan yang dok dalam cerita tadi laa.. cuba bayangkan dulu depa guna untuk xtvt harian dan minimun payment cuma RM3 dan hakikat yg diguna sekadar RM2 ke RM3 sahaja tapi depa bayaq minimun RM3 tapi sekarang dah naik ke minimun RM6 tak zalim kaa...jika dulu dok bayaq RM3.. tapi lanie kena tambah sampai jadi RM6.. ini kira kenaikan 100%... zalim laa tuuu.. lepas tu yg kena hisab darah pulak ialah golongan rakyat terbawah.... itu masalahnya....

Masalah golongan BAWAHAN... golongan ini mereka bukan kira HIJAU BIRU.. yang depa tau HARI INI NAK MAKAN APA?.... bagi golongan yang dok hisap rokok berkepol-kepol asap pakai ayaq sampai 10 tong drum sebulan depa pedulik apa... kot mana pon depa akan bayaq jugak... tapi kita tak kesah golongan ini sebab mereka masih mampu bayaq..pandai2lah depa tong-tong dan bedak duit depa tu untuk tampong kenaikan bil ayaq nie....

Aku bukan suruh mintak hangpa bagi FREE jaa kat golongan yang dok bayaq minimun payment RM3 dulu.. tapi sekurang2nya ada jugak keprihatinan KERAJAAN MEMERINTAH untuk golongan kat bawah nie... masa nie kita nak tengok bezanya KERAJAAN DULU dengan yang SEJAHTERA sekarang ini... berikan tawaran yang terbaik untuk GOLONGAN BAWAHAN ini..

Insya'allah doa-doa rakyat di bawah seperti ini mudah2an mudah lagi sampai keatasnya... hangpa kekalkan sahaja minimun di RM3 dan jika nak cantik lagi bagi FREE sahaja untuk mana yang kena bil bawah RM3 nie....

sekurang2nya rakyat akan buka mata akan sumbangan KERAJAAN NEGERI ini dan yang penting akan mengunci mulut sahabat2 kita di sebelah sana...

Soalan kepada SADA : Berapa ramaikah golongan yang membayaq bil ayaq di bawah minimun payment RM3 untuk bil dahulu dan berapa ramaikan golongan yang membayaq minimun payment RM6 untuk bil yg baru selepas kenaikan bil ayaq..??



http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TKx3lSd9NqI/AAAAAAAAEB0/0_QvTHNAodk/s1600/Price_Campaign_Final_PosterA3+mail.jpg
INI POSTER SADA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takan nak suruh rakyat kedah berarak pie hantaq memerondom kat SULTAN jugak kot
macam selabgor dok nak buat tuuu

joe penang berkata...

Kata cuma naik tarif air je. Kadar min naik 100% tu apa cite?
Macam ni punya tindakan kalu x cepat counter balik makin kurang la yg sokong PR kedah dlm pru nanti.
Kalu pas ni kita tungging balik kat Kedah jangan salahkan umno/bn je. Salahkan diri sendiri dulu. Jentera penerangan lembab...
Yang aku perasan bila menang ni, ceramah umum dah kurang. Ye la. Mana ada masa nak ceramah bang. pagi petang sibuk mentadbir negeri. Cit!

Tanpa Nama berkata...

bulan ini kebanyakan raayat kedah misti mendapat kertas merah[apa lagi tunggu nak kena potong la tu],tunggakan yg depa guna air semasa umno memerentah dulu,,,,,,nasib-nasib raayat kedah sejahtera