Ahad, 6 Mac 2011

SADA & AZIZAN kena PANTAS.. Jika tidak hangpa akan kena CANTAS..!!

oleh ANAKKEDAH

http://4.bp.blogspot.com/_G_1v5HYwzfo/TF26Hy396ZI/AAAAAAAABxo/QOGmv_K6kN8/s1600/Syarikat+Air+Darul+Aman+Sdn.jpg

Berikutan penarikan balik pembayaran BIL di PEJ. POS MALAYSIA sebab depa nak penaik charge sampai 90sen dari 70sen maka lanie SADA & AZIZAN kena pantas untuk atasi masalah tak boleh bayaq bil. di PEJ POS niejika hangpa lengai maka nasib hangpa laa nanti akan kena cantas dengan puak UMNO/BN yang dok nganga saja untuk TOKAK hangpa...

cepat sebarkan makluman tempat-tempat yang boleh di bayaq segera kerana depa sana dok KATA KERAJAAN NEGERI KEDEKUT NAK BAYAQ 2 KUPANG UNTUK BANTU RAKYAT SEDANGKAN UNTUNG BALAK KATA SAMPAI 50JUTA...

JADI hangpa kena pantas sikit...api tengah dok pulon di cucoh oleh puak2 yg nak ambik kesempatan....

AKU NAK CADANGKAN MANA-MANA RAKYAT KEDAH YG ADA PRINTER TU TOLONG PRINT SAT ARTIKAL BAWAH NIE DAN PIE TABOQ SAT DI KAWASAN HANGPA SUPAYA PENJELASAN INI AKAN DAPAT DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT DIBAWAH.. LEPAS NIE KITA TENGOK APA PENERIMAAN RAKYAT...PAKAT-PAKAT TOLONG LAA NOOO.. MUSOH TENGAH DOK SYOK ASAH PARANG DAN TEMBAK DENGAN SENAPANG NUUU...

Lebih banyak kaunter SADA akan dibuka
Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Mulai 1 Mac orang ramai boleh membayar bil caj perkhidmatan air Sada (Syarikat Air Darul Aman) di kaunter bayaran yang telah beroperasi di Jitra, Pokok Sena, Pendang, Baling, dan Langkawi. Kaunter lain ialah di Yan Kecil, Gurun, Sik, Kuala Ketil, dan Serdang. Ini berikutan semua Pejabat Pos di Kedah tidak lagi berperanan sebagai agen kutipan bayaran bil bekalan air Sada berkuatkuasa awal bulan ini.

Demikian diberitahu Ketua Pegawai Esekutif Sada, Dato' Adzmi Haji Din mengenai pemberhentian perkhidmatan itu dilakukan bagi mengelak pengguna dibebankan dengan kos bayaran komisyen yang dikenakan Pejabat Pos kepada Sada. Sehubungan itu katanya, notis awal sudahpun dikeluarkan di Pejabat Pos dan walaupun mendapat bantahan orang ramai, Sada mengadakan banyak pilihan untuk pengguna. "Kita sedang dalam proses membina lebih banyak kaunter dan lokasi dalam perancangan termasuklah Jeniang, Changlon, Kota Kuala Muda dan Air Hitam. "Selain itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah agen kutipan Sada buat masa ini hanya beroperasi di Alor Setar, Langkawi dan Sungai Petani.

Kita sedang dalam perbincangan akhir untuk melantik semua pejabat dan Kedai TNB sebagai agen kutipan pada pertengahan Mac ini," katanya. Beliau juga berkata, perbincangan dengan Telekom Malaysia juga sedang dibuat bagi melantik syarikat itu sebagai agen kutipan. "Selain itu pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sama ada bayar di Kaunter TNB, TM atau bayar di bank termasuklah Bank Islam, Bank Rakyat, EON Bank, Maybank dan BSN. Bayaran secara online juga sedang dibincangkan," ujarnya.Pihak Sada juga akan menyediakan Kaunter Bergerak Sada di kawasan terpencil dan akan menyenaraikan lokasi pilihan pada bil bulanan.

Hebahan akan dibuat dari masa ke semasa dan notis diedarkan notis kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Jawatankluasa Kemajuan Keseklamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk dimaklumkan kepada masyarakat setempat. Beliau juga berkata. perkhidmatan kaunter bergerak hanya sementara sehingga pihaknya mendapatkan premis tetap.

Menurutnya 95 peratus pengguna Sada adalah pengguna domestik membabitkan 500,000 akaun pengguna.

Menurutnya kadar lama sebanyak 70 sen sebelum ini yang ditanggung sepenuhnya menyebabkan Sada kerugian hampir RM1.2 juta setahun. Bermula Mac juga kadar komisyen dinaikkan kepada 90 sen, jadi jumlah kerugian akan bertambah hampir 30 peratus dan kenaikan ini dianggap tinggi akan membebankan Sada dan lebih praktikal untuk hentikan perkhidmatan Pejabat Pos.

"Setiap bulan Sada terpaksa memberi subsidi kepada pengguna hampir RM100,000 kerana tidak mahu memindahkan kos tanggungan itu kepada pengguna. "Jika Sada setuju dengan kenaikan komisyen itu bermakna pengguna perlu kongsi kos tersebut sebab Sada tidak mahu tanggung kerugian," katanya.

www.wartakedah.net

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sada tak sangup tanggong sabsidi,,,ini baru sabsidi air,,,kalau minyak ,,,,,,,,,,,?

Pak Tam Kobah berkata...

ini semua akai UMNO BN jaa nak bagi kerajaan negeri serabut tapi last depa yg serabut sebab hilang komisen dari sada...

ini semua idea pengarah pos malaysia yg kawan baik najib tuuu...dah banyak dah duit pos malaysia diperabih oleh beliau tetapi bonos kepada pekerja pos malaysia kemut....

ini bukan bab tak mampu bayaq subsidi tapi nak ajaq puak2 yg cuba buat onak dalam pentadbiran k'jaan negeri....

selama nie depa ingat rentak depa saja nak ikut tapi last depa yg sangkut..

kpd rakyat bawahan insya'allah nanti kita ambik putrajaya kita lempaq semua puak2 yg toghut nie masuk lombong alahhh tak lama lagi dah pon sekadar sebulan dua ja lagi lepas nie PRU13 dah... kalau 2bln baru 2X tak dapat p pejabat pos..sabaq sat...tak lama lagi dah pon.....

Tanpa Nama berkata...

Pak tam Kobah dok tongkat dagu langut tengok langit. Angan2 pak jenin. Kalau Pakatan naik pun bukan bulan dok buleh buat apa. Dok angguk apa DAP dan KEADILAN dok kata. Hangpa jadi balaci saja.

nie isu ayaq, bukan PRU mangkuk tingkat. Jgn dok putaq alam. kalau azizan tak mau bagi 20 kupang tak heran aihhh, pengguna bayaq sendiri pun tak pa. Simpan duit subsidi tu, guna utk kempen PRU depan. Ka.. guna pi buat papan iklan boh gambaq dia byk2

Pangkah la PAS... ada masalah tujai k'jaan pusat. tak abih2 salah orang.. mungkin rasa pakai lebai dah boleh masuk syurga. Tu yg bob lokman dok jadi lani. Pi bekawan dengan *ajis... dah bleh masuk syurga konon dapat syapaat si *jis.

Pak Tam Kobah berkata...

kalau betoi POS MALAYSIA nak naik kos awat dia penaik bil ayaq saja..lepas tu yg pie pebauk PENANG & KEDAH saja... awat TNB, CELCOM, MAXIS dan seangkatan dgnnya... serta negeri PERLIS, PERAK tak dengaq naik pon... awat kat negeri PR saja awat..???