Khamis, 12 Julai 2012

Ada bukti bawa penari kangkang...tetapi dimana pergi PIHAK PENGUATKUASA..??


 

Alhamdulillah terima kasih kepada blogger2 BN yang sehari dua ini sedang dok menjaja riuh gambar-gambar terkangkang nie.... jika hangpa hendak link dia hangpa pergi carilah sendiri.... dah bertebaran merata-rata dah dalam dunia cyber nie...

Kami pada dasarnya tak mahu nak salahkan pihak yg luluskan lesen tersebut kerana benda dah berlaku....bab orang dah lulus tu satgie kita sembang dibawah....

sekarang nak sembang bab yang terkangkang atas stage nie....nak tanya adakah perbuatan mereka ini tidak melanggar undang-undang dan didapati bersalah... jika tidak.... tidak mengapa biarkanlah mereka terkangkang disitu...

tetapi jika perbuatan mereka itu bersalah dan patut ada tindakan... habis semuanya duduk tunggu apa lagi... ayuh laksanakanlah PENGUATKUASAAN... mana hilangnya PIHAK BERKUASA TEMPATAN, mana hilangnya MAJLIS AGAMA ISLAM, mana hilangnya PIHAK IMIGRESEN... adakah semua ini sudah dibeli atau tidak mahu buat kerja... ini yang kami bertanya sekarang.....adakah ini ada unsur sabotaj untuk dilihat Kerajaan Negeri pimpinan DS Azizan Razak ini nampak huduh dengan pusat-pusat hiburan ini...

Jadi hangpa jawab dahulu mana hilangnya JENTERA PENGUATKUASA...??

Ok masuk bab EXCO yang dikatakan meluluskan lesen tersebut.... kami harap Kerajaan Negeri serta Parti PAS atau dalam erti kata di Kedah nie iaitu PEMANDU memanggil dan menyiasat dengan terperinci adakah EXCO betul-betul meluluskan lesen tersebut kerana setahu pengetahuan kami kerja meluluskan lesen-lesen pusat hiburan adalah di bawah Jawatan Kuasa Mesyuarat Perlesenan Kerajaan Tempatan.... 

Jika EXCO menggunakan kuasa VETO dimana letaknya Ahli-Ahli Majlis yang kebanyakan dari PAS yang mana ditarbiah untuk menolak benda makruf tidak kira siapa yang memberi arahan.... mereka sepatutnya bertegas atas perkara ini.... jadi sekarang di harap ada pihak yang dapat menyiasat akan ketelusan dalam urusan ini.... ianya dah dapat dilihat seperti ada unsur nak menghudohkan kepimpinan kerajaan sekarang...

www.AnakKedah007.blogspot.com

Tiada ulasan: