Sabtu, 22 September 2012

Insya'Allah...PRU 13 Najib akan tumbang..



Zaman Pak Lah sebaik sahaja dilantik sebagai PM, maka beliau beriltizam mahu mendakwa dan membongkar salah guna kuasa para Menteri dan Timbalan Menteri di waktu itu, maka rakyat memberi kemenangan besar yang tidak pernah dialami sebelum ini kepada UMNO/BN. Lantas fatwa Mahathir Iskandar Kutty mengatakan bahawa kemenangan yang terlalu besar tidak baik untuk parti pemetintah......

Sebaliknya apa terjadi kepada janji-janji Pak Lah? (janji orang mengantuk) Tindakan salah beliau melantik menantunya yang seperti "kera kena belacan" itu sedikit sebanyak dihukum oleh rakyat di PRU12, apabila UMNO/BN hanya "senyum kelat" walaupun menang majoriti mudah di parlimen tetapi "lubuk emas" mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak telah jatuh ke tangan parti lawan.

Isunya adalah sebelum PRU12 lagi, Pak Lah telah membawa pencerahan dan sedikit kelonggaran dengan cara mengurangkan tekanan dan campurtangan terhadap media dan meningkatkan keberkesanan dan keadilan pihak berkuasa dan memperbaiki sistem kehakiman di negara ini dan yang lebih menariknya banyak insentif serta keistimewaan telah diberikan khasnya kakitangan awam. Hasilnya di PRU12 juga, 4 buah negeri telah terbang kepada pihak lawan.

Oleh itu marilah kita sama-sama lihat dan membuat tekaan terhadap pentadbiran Parti Najib/Rosmah pada PRU13 ini apabila semua media nasional dan berbayar rata-rata cenderung 99% kepada UMNO/BN (seolah-olah UMNO/BN terlalu sempurna tiada kesalahan langsung), yang diutamakan adalah sepanjang masa memfitnah dan memburukkan pihak lawan.

Pihak berkuasa menjadi "anjing pemburu" untuk melanyak rakyat yang menuntut perubahan, manakala PDRM, SPRM dan SPR dilihat seperti berkerja hanya untuk UMNO/BN. Kalau di tahun 1998 dahulu, pimpinan Mahathir yang begitu kuat pengaruh politiknya hampir lumpuh kerana pemecatan Anwar.

Saya yakin 100% kalau PRU di jalankan secara adil dan tidak menipu, maka UMNO/BN di bawah Najib/Rosmah akan kecundang lebih teruk di seluruh Malaysia. Apa jasa Najib? Apa perubahan yang Najib buat? Apa janji yang telah Najib tepati? Melainkan beliau hanya layak dipanggil "Bapa Penipu" selain "Bapa Pengumuman" dan "Bapa Korupsi".

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1M...rakyat diBAHLULKAN..pencapaian kroni diutamakan...kah..kah..