Ada satu komen sahabat gua rasa ini salah satu cadangan yang bernas.. jadi jika ada pihak yang mengambil pendekatan ini bagus rasanya...jika semua ini di fikirkan maka tak perlulah di fikirkan lagi bab harga padi..namun bab nie pon tak ada yg pikaiqnya dan bab yg nie pon tak ada yg pikiaqnya last yg jadi mangsa petani itu sendiri... pada gua buat la mcmana pon janji Petani yang dapat untungnya...
Assalamualaikum sdr, aku ambik peluang ni nak bagi sikit pandangan mengenai "Harga Padi" Aku bukan menolak kenaikan harga padi malah aku menyokongnya jika kena pada waktunya...
Pada pandangan aku, Situasi Harga Padi tidak sama dengan situasi Harga Getah. Harga Getah naik tidak mengapa malah lagi baik kerana menguntungkan penoreh dan banyak pihak.
Tetapi harga padi, jika naik memberi impak kepada pelbagai pihak. Ini termasuk Orang-orang berpendapatan rendah (terutama kakitangan bawahan yg ramai) dll yang sewaktu dengannya. Bagi golongan pertengahan dan atasan mungkin tak terasa akan tetapi impaknya memberi keuntungan yang besar kepada golongan pemodal yang berurusan didalam bidang ini seperti pengilang, pemborong dan pengedar kerana mereka orang tengah yang bersih tangan(maksudnya tidak perlu bersusah payah/berlumpur mengendali sawah seperti petani-petani. Manakala petani pula menerima impak kenaikan harga barangan lain, seperti beras kena beli dikedai, makanan-kanan asas karbohiderat seperti kuih muih dsbnya akan melambung.
Jadi apa yang penting tentang Harga Padi ni adalah " U s a h y a n g l e b i h k h u s u s "
1. Meningkatkan Produktiviti Padi keatas sawah-sawah yang ada sekarang
- kita seing baca dalam Sinar Harian memaparkan masaalah padi tak berisi, ini disebabkan antaranya tanah bertoksid kerana kimia dan keracunan berlebihan tanpa diurai, lantarannya tanah tidak hidup atau kesetabilan profilnya terganggu, serangan bakteria dan kulat perosak, serengga dan tikus yang dapat merentangi kimia racun buatan manusia (ini memberi peluang mereka membina ketahanan diri terutama dalam waktu cuaca lembab). Kimia penggalak tumbuhan seperti Foliar yang tidak bersesuaian kerana tidak dapat membantu "menjadi tanah hidup ". Foliar perlu bersumber galian dari tanah bawah di sawah itu sendiri. Foliar yang dibekalkan sekarang ni tak menyokong cara ini...
2. Membuka "Kawasan Penanaman Padi Baru "
3. Sistem tanaman padi perlu kembali kepada Sistem Tanam berjarak kerana Sistem Tabur Terus sekarang sebenarnya tidak menggalakan "Pertumbuhan atau Percambahan Anak-anak pokok padi dengan banyak. Ini kerana terlalu rapat seperti menyemai. Benih yang ditabur perlu dijarakan supaya dapat menyerap lebih banyak zat dan galian(tidak berebut makanan) dan cahaya matahari sekurang-kurangnya optimum untuk proses penukaran karbohiderat kepada tenaga dengan sempurna.
4. Membuat pindaan Akta Lembaga Kemajuan Tanah seperti MADA dll supaya ditadbir urus sepenuhnya oleh " Pengurusan Kerajaan Negeri yang berkuasa keatas Tanah ". Sekarang ini berlaku pertindihan Kuasa keatas sebidang tanah sawah iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri...perkara ini memperlihatkan kurang efisyen dari segi keprofesionalan pengurusan kerana berlaku bertindih kepentingan.
5. Membekal Biji Benih yang bermutu
- Iaitu yang tidak mewarisi sebarang penyakit, Matang (tak ada yang cacat), Bersesuaian dengan kawasan tanah sawah itu sendiri(bukan yang berhampiran pantai untuk kawasan daratan kerana kultur sistem tanahnya ada perbezaan)dsb
6. Melatih atau berikan petani-petani menggunakan Teknologi Mikroba semulajadi.
SEPATUTNYA YANG MENDAPAT UNTUNG ADALAH PESAWAH. JIKA PESAWAH MENDAPAT UNTUNG YANG LEBIH ....DIRASAKAN TIDAK PERLU HARGA PADI LEBIH TINGGI..
Sekarang yang mendapat untung besar dari sawah adalah Penyewa Jentera Pembajak, Jentuai Padi, Pembekal Kontrak Baja Kimia, Foliar, Penyewa-Penyewa Lori Pengangkut, Pembekal Biji Benih, Pengilang, Pemborong Beras dan Peruncit.
1 ulasan:
Sebenarnya kaedah yang paling berkesan ialah petani sendiri yang memproses padi kepada beras dan memasarkannya sendiri seperti yang berlaku di Thailand. Untuk itu kerana perlu membenarkan setiap petani memiliki mesin beras (mini rice huller) yang banyak terdapat di pasaran Thailand, India dan China pada harga sekitar RM2000 ke RM5000. Secara kasarnya pendapatan petani yang mengeluarkan 8 tan padi (RM7000) selepas ditolak 18% ke 20% boleh mencapai sehingga RM14,000.
Catat Ulasan