Sekarang PAS berbicara mengenai perlunya menghormati institusi Raja Melayu dan betapa biadapnya DAP dan PKR terhadap Sultan. Baru dapat kuasa sikit dah naik kepala konon.
Nah, inilah cara PAS 'menghormati' institusi Raja Melayu ketika krisis Perak. Masa kena kat batang hidung dia, dia bergolek-golek di atas jalanraya menghalang kereta Sulta...
walaupun pada masa tersebut Sultan sudah melakukan perkara yang betul dengan memanggil semua ADUN BN & PR dan bertanyakan mereka sokong siapa...selepas kata putus diambil maka tuanku berikan kuasa kepada BN sebab mereka majority....
Namun MB PR sewaktu itu melakukan 'sembah derhaka' kerana menyatakan sokongan kepada BN tidak boleh diterima kerana beliau sudah mengusulkan bubar dewan dan adun yang lompat itu sudah dipaksa dan diugut...
Bukan perkara ini yang hendak dibahaskan mengikut definasi perlembagaan dan undang-undang tapi yang pasti apa yang tuanku lakukan diwaktu tersebut dengan kuasa yang diberikan kepada beliau amatlah bertetapan sekali dan tak boleh di sangkal. Sebab itu kes tersebut sampai sekarang masih dihujah dalam mahkamah.
Hujah sekarang siapa yang ada kerusi majoriti dialah yang akan menerajui negeri. Berbalik kepada isu Selangor, kenapa PAS bermain tarik tali? bab ini kita kena tanya PAS lah..
Tapi yang pasti gerak kerja buat PAS sekarang ini ianya sudah menjadi tawar dan hilang manisnya serta ianya sudah mula dipertikaikan oleh segelintir para pengundi serta penyokong mereka sekali diatas keputusan yang berbolak balik ini...
1 ulasan:
PAS mungkin jadi Hang Kebun... jadi Hang Kebun tak boleh pakai keris, kena pakai cangkul.... cangkul pun cangkullah.
Kena tengok betul-betul babak tentang Hang Kebun. Mungkin boleh dijadikan iktibar kepada PAS.
Catat Ulasan