minyak
BAGI mereka yang bimbang stesen minyak akan lingkup, ingatlah kebanyakan stesen minyak hari ini bukan sahaja bergantung pada jualan minyak sahaja.

Stesen minyak hari ini dilengkapi dengan kedai runcit tersendiri dan restoran makanan segera. Untuk menarik pelanggan membeli-belah di dalam  kedai runcit, mesin juruwang automatik (ATM) dan khidmat menambah nilai Touch N’ Go disediakan. 

Di dalam kedai runcit, kebanyakan barangan dijual lebih mahal daripada harga di kedai runcit biasa. Pengguna membayar harga untuk “kemudahan” (mudah untuk mendapat barangan) ketika mengisi minyak. Berapa yang tidak setuju dengan ini?

Pengusaha stesen minyak selama ini tidak membeli stok minyak yang bertahan berbulan lamanya kerana tangki simpanan minyak di bawah tanah itu terhad.

Dengan sistem apungan, pengusaha minyak kini boleh meramal sama ada harga minyak negara akan diturunkan atau dinaikkan berdasarkan harga pasaran dunia.

Jadi, pada penghujung bulan, pengusaha stesen minyak perlu membuat keputusan penting sama ada perlu menyimpan stok minyak sekadar cukup atau lebih.

Jika harga dijangka naik, sudah tentu pengusaha minyak akan membeli stok lebih sekarang pada harga yang murah untuk dijual pada harga yang lebih tinggi.

Jika harga dijangka turun, mereka boleh mengambil langkah sebaliknya tapi memastikan stok cukup untuk kegunaan seharian sehingga lori stok minyak datang melawat pada kali seterusnya bulan depan.

Itulah cabaran perniagaan.  Untuk ahli parlimen pembangkang, tak perlulah lagi mensensasikan isu minyak tanpa sebab munasabah untuk mendapat perhatian media kerana kenyataaan-kenyataan minyak sebelum tidak mendapat banyak perhatian.

Ya, banyak benda yang BN buat tak betul, tapi dalam hal minyak ini, rasanya tidak banyak yang BN boleh buat silap.

Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, betul ke sistem subsidi minyak akan dikemukakan semula? 

Lebih elok tumpukan fokus untuk memaksa kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST.