Jumaat, 25 September 2009

Rumah terbuka AidilFitri : 1Malaysia Vs Hadhari..?

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada semua...sorry la sebab lama tak update bukan apa masa last2 ramadhan dulu busy sikit almaklomlah ramadhan setahun sekali jadi kena la tambah sikit bekalan nak pie kesana nuuu..

Oklah hari nie aku nak ulas pasai RUMAH TERBUKA... nie pasai yang PM kita punya.. alaa yg PM 1Malaysia tu laa... bukan apa riuh bagai nak rak kata dapat sambutan lalu aku hari nie try la search kat pak cik google tengok macamana sambutan raya tahun lepas yg Bekas PM hadhari kita tu punya open house... lalu terjumpalah aku maka naik kesian jugak aku tengok PM 1Malaysia nie... dari angka tu pon dah tau dah reaksi muka depa sekoq-sekoq macamana... kira kurang separuh tuuu.. mau tidoq tak lena punya dok pikaiq pie mana lagi 50%...

Jadi kepada PAKATAN RAKYAT teruskan bekerja insya'allah PRU13 nanti Malaysia kita punya.. kita nyahkan parti keramat tua nie dari muka bumi Malaysia..... Insya'allah...

keratan surat habaq...........


TAHUN INI 2009 :
Lebih 50,000 kunjungi rumah terbuka PM

 
Hujan lebat tidak menghalang lebih 50,000 rakyat dari berbilang kaum dan agama beratur panjang untuk sama-sama memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan Kabinetnya di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin. Mereka juga secara beramai-ramai melaungkan 1Malaysia dan "Selamat Aidilfitri kepada Perdana Menteri.'' – Bernama


KUALA LUMPUR 21 Sept. – Walaupun hujan turun dengan lebat untuk seketika, suasana rumah terbuka Hari Raya di Seri Perdana di sini tetap meriah dengan lebih daripada 50,000 rakyat jelata dan orang kenamaan hadir di majlis itu.

Orang ramai mula berduyun-duyun datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi walaupun Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan barisan Kabinet beliau dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi.

Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan parti-parti lain, diplomat, orang-orang kenamaan, pelancong dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan menghadiri acara itu yang membuktikan semangat sebenar 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Makanan yang dihidangkan juga membayangkan menu pelbagai kaum di Malaysia, dan sehingga pukul 3 petang masih ramai yang menunggu giliran untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Semasa persidangan berita di rumah terbuka itu, Najib berkata walaupun ini kali pertama beliau mengadakan rumah terbuka selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri, "semuanya berjalan lancar dan para hadirin berpuas hati dengan aturcara majlis dan hidangan."

"Saya, isteri dan kakitangan merancang aturcara dan jenis makanan untuk dihidangkan kepada tetamu dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar mengikut rancangan," kata Najib.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana membantu dalam menjayakan majlis rumah terbuka itu.

Di majlis rumah terbuka ini yang berakhir pada sebelah petang Najib dan anggota Kabinetnya termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Sumber Manusia, Dr. S. Subramaniam menyambut tetamu di dewan utama Seri Perdana.

Kecuali hujan lebat buat seketika itu, semuanya berjalan lancar dengan polis trafik memastikan lalu lintas yang lancar di luar Kompleks Seri Perdana.

Satu konsert di ruang terbuka diadakan untuk menghiburkan hadirin dan adalah jelas hadirin gembira dengan hidangan yang disediakan dan dendangan muzik artis-artis tempatan. – BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAHUN LEPAS 2008 : Kunjungan rumah terbuka PM bukti rakyat sokong BN




KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini agama terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila bersatu menghadiri Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet Beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Katanya, perkara itu membuktikan rakyat komited bersama kerajaan walaupun negara berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Saya melihat, rakyat berpusu-pusu menghadiri rumah terbuka ini, siapa kata rakyat tidak memberi sambutan kepada acara ini. Kita dapat melihat wajah mereka ceria dan bersalaman dengan semua pemimpin.

"Perkara ini membuktikan rakyat Malaysia bersatu padu dan terus menyokong kerajaan BN," katanya ketika ditemui pada majlis itu kelmarin.

Kira-kira 100,000 rakyat dari dalam dan luar negara termasuk pemimpin parti komponen BN hadir majlis itu bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 6 petang.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya menerusi Kedutaan Indonesia di Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian tongkang karam, Selasa lalu yang menyebabkan dua belas warga republik itu, 11 daripadanya wanita termasuk seorang yang sarat mengandung lemas manakala 125 terselamat apabila tongkang kayu yang dinaiki untuk pulang berhari raya ke Tanjung Balai, Sumatera, pecah lalu karam.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata majlis seumpama itu hanya berlaku di negara ini dan rakyat dapat berjumpa dengan semua pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk bersalaman serta memberi ucapan selamat hari raya.

"Di negara lain, rakyat amat susah untuk berjumpa dengan pemimpin Kabinet mereka di atas faktor keselamatan... ia sungguh rumit. Di Malaysia keadaan amat berbeza kerana, rakyat kita saling memahami dan menghormati pemimpin negara.

"Saya dapat melihat orang ramai mengunjungi majlis ini sehingga ada yang membawa cucu cicit mereka, sungguh gembira untuk melihat keadaan seperti ini. Kita amat berharap keadaan ini akan berkekalan selama-lamanya," katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuba bayangkan ayah kita yang tua dan uzur dilempar seperti kain buruk dirumah kebajikan.Apa rasa dihati saudara?

Tanpa Nama berkata...

kalau saudara tiada hati perut mgkn saudara tidak merasa apa2...so pikir la sebelum anda berkata2.

Tumpang Sekaki berkata...

Orang Islam yang tulin, kalau hariraya kita berbangga jika Ibu, Ayah dan kaum keluarga ada bersama kita untuk diperkenalkan kepada tetamu yang hadir, tetapi puak islam hadari berlainan caranya, Tetamu/Raayat diutama Ibu,Ayah dan kaum keluarga disorok dirumah pekerja barangkali.