Sabtu, 27 Mac 2010

Aku cadangkan Ust Badrul Amin calon Hulu Selangor




Ini calon pilihan aku untuk Hulu Selangor.. Insya'allah Boleh Menang...

Alasan aku ialah mudah saja...
  1. Dah kawasan ini PKR punya jadi baik angkat seorang USTAZ sebab dengan title yg beliau pegang itu memudahkan gerak kerja kita.
  2. Kalau ambik tokoh koperat susah sikit nanti terpaksa bersaing dengan manipulasi lawan..cth Zahid Ibrahim.. beliau ada sejarah dengan PAS iaitu beliau telah saman HUDUD Kelantan.. walaupon beliau ada hujah tapi susah nak kaunter attack balik pihak lawan yg menggunakan banyak mekanisma untuk buat tohmahan.
  3. Nak lawan UMNO nie kena ambik org yg bersih dan dipercayai... lanie nak bagi orang percaya ambik saja USTAZ sbb cina dan india sekrg lagi percaya USTAZ dari percaya orang yang pakai kot nie....
  4. Nak kempen pon mudah.. cerita saja bab HALAL HARAM DOSA PAHALA...  tak yah dok cakap banyak habih cerita...
  5. UMNO ambik la sapa pon... tapi bila berhadapan dengan seorang yg bernama USTAZ tentu orang akan pandang USTAZ sebab dengan ketokohan yg USTAZ bawa bisa diterima oleh semua kaum...
Oklah apa-apa pon terpulanglah kepada pimpinan semua.. tapi pada aku inilah pilihannya...........

1 ulasan:

kesedaran berkata...

Cantik. Aku setuju. Bila menang kat HS nanti maka dah ada bukti pengundi semua akan suka pada ustaz. Dari sini akan mula ustaz boleh bertapak dlm politik kerana mereka boleh diterima oleh semua bangsa dlm malaysia ini. Jadi pada PRU13 nanti semua parti kecualai PAS wajib cari org dari golongan ustaz kalau nak menang dlm PRU nanti.

Jadi bila semua calun dari Ustaz menang maka dapatlah di jadikan hukum hudud di malaysia. Cantik ...