Selasa, 6 Julai 2010

Kelaku KARPAL & UMNO nie sama jaa..2x5..5x2...!!!

alahai ayat karpal nie yg UMNO tak dapat paham sampai skrg2 nie...apa yg mamat nie tekankan sekarang ialah PERLEMBAGAAN MALAYSIA YG TERMAKTUB TIDAK MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM...ini yg perkara pokoknya...PERLEMBAGAAN MALAYSIA...jadi apa masalahnya..skrg nie memang pon tak ada dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA NEGARA ISLAM...yg ada cuma AGAMA RASMI AGAMA ISLAM....takan ini pon semua tak dapat faham....

jadi apa yg dibisingkan oleh UMNO nie...apa isu sebenarnya...mamat tu bercakap atas dasar LAW & PERLEMBAGAAN MALAYSIA... jadi bab ini skrg salah siapa... takan salah PAS kot sebab menolak NEGARA ISLAM... yg sebenarnya beban nie skrg ini terletak atas bahu UMNO/BN..sebab mereka yang berkuasa....tetapi HARAM TAK BAWA pun usul nie ke PARLIMEN untuk di olah semula PERLEMBAGAAN MALAYSIA untuk di masukkan ayat MALAYSIA NEGARA ISLAM.... tetapi asyik dok sebok kacau rumah tangga orang...tapi hakikatnya ekoq terus terpalit selut...

kalau anak jantan sila bawa usul ke PARLIMEN untuk masukkan dalam PERLEMBAGAAN .. bahawa MALAYSIA NEGARA ISLAM....

Ada berani.....???

Karpal minta Nik Aziz terima hakikat

KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Pas menerima hakikat b:ahawa Malaysia ketika ini adalah negara sekular, bukannya sebuah negara Islam.

:Menurutnya, perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa negara ini adalah sekular dan Pas seharusnya menerima Perlembagaan berkenaan.

:"Pas harus terima apa yang saya nyatakan. Sudah kerap kali dan disokong apa yang saya katakan tadi. Ini bukan isu kompromi, tetapi soalnya sekarang adalah, isu ini perlu diterima," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mencabar beliau supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 adalah salah.

:Karpal bagaimanapun turut memberikan contoh berhubung satu kes pada 1988 bahawa hukuman gantung telah diputuskan lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

:"Jika ia mengguna pakai undang-undang negara sekular, bermakna ia negara sekular, bukan Islam," katanya.

:Pada masa sama, Karpal mempertahankan hubungan DAP-Pas tetap baik walaupun mempunyai pendirian berbeza sambil memberitahu pendirian itu perlu dihargai, diterima dan dihormati kedua-dua parti.

:"Parti-parti Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pendirian sama dalam isu penting seperti hak kemanusiaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melainkan Pas-DAP negara Islam adalah isu yang perlu diselesaikan," katanya.

:Beliau menyifatkan isu yang berlaku itu sebagai masalah keluarga dan tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR.
 

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini lah kafir yg dilarang islam untok berkawan,bat masok campur rumahtangga orang,usah tudong jari terhadap umno. 2x5 aja

anakkedah berkata...

bukan tuding jari beb masalahnya UMNO sedang gah bercakap pasal PAS nak buat negara ISLAM...

disini persoalan diberikan.. ADAKAH PAS SAHAJA YG SEBOK NEGARA ISLAM TETAPI UMNO TAK NAK KA BUAT NEGARA ISLAM...

sebab utama dikatakan begitu kerana skrg si KARPAL tu bercakap atas PERLEMBAGAAN MALAYSIA... jadi jika sentuh bab PERLEMBAGAAN ianya jatuh kepada PARTI YG MEMERINTAH yg nak atau taknak... jadi disinilah peranan UMNO untuk mengadakan dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA yg MALAYSIA NEGARA ISLAM... jadi si KARPAL tu tak boleh pertikaidah.. sebab benda termaktub dalam perlembagaan... jadi disini itu ditanya adakah UMNO berani nak bawa usul ini di PARLIMEN....

tak ada pusing tangmana aihh....

Tanpa Nama berkata...

kalau dah umno tak nak,mengapa pas tidak saja lakukan,apa kah ALLAH akan bersifati dengan kita, kalau umno tak buat kita juga ikut sama tak buat.ingat ALLAH tahu apa yg tersirat dihati kita,ALLAH dah bagi 5 negeri dlam perentah pr,ini bermaana ALLAH sedang menguji apa kita mahukan,disini tidak timbul siapa yg sibok tapi hukum,kalu karpal bercakap tentang pelembagaan tapi mengapa nik ajis melenting,,heren,,,,,,,

AnakKedah berkata...

PAS bukan ada kuasa bro yg ada kuasa nak usul dah ubah tu skrg kerajaan memerintah jd bawa la usul tersebut ke PARLIMEN skrg nie..

nik aziz bukan melenting bro dia cakap base on ISLAM..kira betoi la dia tanya mana hudohnya ISLAM nie kat karpal...

mamat kapal tu jawab tak ada yg hudohnya tapi nik aziz kena akui yg perlembagaan lord reid adalah yg tertinggi diamalkan di malaysia bukannya Perlembagaan ISLAM...

jadi skrg bawak isu nie ke PARLiMeN..ada bran..??

Tanpa Nama berkata...

apa kah ini sahaja masaalah nya kenapa pas tidak laksanakan,apa kah ALLAH akan menerima alasan ini,bro,ingat lah ALLAH maha mengetahu apa yg tersirat,apa kah kuasa pusat semua nya ini,,,tidak kah semua itu bidang kuasa negeri,,,kira nya termati nya nanti malaikat akan tanya APA KAH KITA AKAN KATA PUSAT TAK BAGI KENA BAWA KA PARLIMEN DULU,bro,biaq betul. bro cuba semak tengok undang2 ada kah kuasa pusat atau negeri