Guna FB dengar masalah rakyat
TANJONG TOKONG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui laman Facebook (FB) sebagai platform paling penting masa kini bagi membolehkannya berinteraksi dengan rakyat khususnya golongan muda.
Menurutnya, hubungan secara tidak langsung itu mewujudkan interaksi yang amat bernilai antaranya dengan rakyat terutamanya dalam mendengar masalah, pendapat serta maklum balas yang diberikan berhubung sesuatu isu.
"Saya sangat terharu kerana berpeluang bertemu dengan 200 rakan FB saya tambahan bersempena dengan penganjuran ini, saya berharap dapat mengenali semua rakan FB serta menjawab soalan yang dikemukakan.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua rakan FB yang sentiasa memberi sokongan serta semangat kepada saya untuk membawa masa depan yang lebih baik bukan hanya kepada Pulau Pinang malah juga Malaysia," katanya dalam ucapannya di Majlis Ramah Mesra Bersama Penyokong Laman Sosial FB dekat sini, semalam.
Menurutnya, selain FB, dia juga mempunyai rakan Tweeter berjumlah 18,000 yang mana keahlian FBnya naik mendadak terutamanya selepas Pilihan Raya Sarawak lalu.
"Sejak ia (FB) dilancarkan pada Jun 2010, keahlian FB saya adalah kosong namun naik mendadak selepas Pilihan Raya Sarawak lalu dan sehingga hari ini, saya mempunyai 40,000 rakan FB dari dalam dan luar negara.
"Selain itu, sebanyak 300 rakaman video saya yang dimuatkan di dalam Youtube ditonton sebanyak 611,000 kali sejak Mei 2010.
"Peningkatan ini membuktikan bahawa rakyat kini mampu melihat dan menilai dengan sendiri kredibiliti Pakatan Rakyat (PR) terutamanya dalam meletakkan negeri ini sebagai negeri model yang memimpin dalam semua aspek," katanya.

3 ulasan:
mb kedah nie slow sikit.....
cuba laa buat fb tu......
ramai orang kedah nak tegog n nak komen.....
jngn syok sendiri...
aku tak brapa yakin PR boleh maintain kuasa lagi.......
jngn take 4 granted.......
exco kedah dok lena saja........
kah kah kah
Taip la Azizan Abdul Razak dalam FB hang tu. MB Kedah dah ada FB lama dah.
JANGAN DOK PEMBOHONGAN LAH PAS OOIA. MAKIN SARI AKU TENGOK PAS MAKIN MEROSOT DAN BANYAK KEPINCANGAN NYA NAK MENEGAKKAN UGAMA ISLAM. DOK IKUT BONTOT AMBIGA PENYOKONG TEGAR LINA JOY MURTAD TU BUAT APA. NAMPAK GAYANYA PAS TAK LAMA LAGI AKAN HILANG KUASA MEMERINTAH DIKEDAH PRU13 NANTI, JAGA-JAGA UMNO NAK BERLAGA.
Catat Ulasan