Isnin, 4 Julai 2011

TAHNIAH KETUA PENERANGAN PAS yang BARU... tapi KETUA PENERANGAN PKR & DAP nie wujud ka dak..???

Assalmaualaikum....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhR9DU22Fo1hedVW9VvecfXXsdn5ZZzXTp2lX5Un0CRf1TDe_2AqvOiHiPK67XGWDn5nkyybqf6VKRx2-_Ps6EomVawves4T2sJo8Zl2tG-YlNPEZOuST4qB6789Z7KxOlH_r3uPaPu1w/s1600/tahniah.jpg
Sebelum nak hurai panjang bab yg tengah dok panas di bumi Malaysia dua tiga hari nie...gua nak ucap tahniah dan syabas kepada KETUA PENERANGAN PAS yang baru dilantik.... TAHNIAH pasai apa gua rasa hangpa semua dah tau kot..he he he..almaklumlah sejak kebelakangan sebeum nie gua dengan dia macam berkerat rotan dah sebab gua tengok dia punya action atas sesuatu yg berlaku amat slow.. itu pasai gua selalu jentik dia tuuu.. namu selepas beliau dilantik menjadi KETUA PENERANGAN PAS yg baru nie...gua tengok dah lain sikit... tak seperti apa yg gua pernah ramalkan sebelum ini... Beliau semakin hari semakin semangat menulis dan berdiskusi di media-media dan lama sosial untuk berhujah serta menjawab setiap isu yang dibangkitkan....

Alhamdulillah benda2 macam nie yg kita nak tengok dan lihat..kira suasana perbahasan dan hujah sentiasa berlegar antara satu sama lain...dan sebenarnya beliau boleh dan mampu laksanakan perkara-perkara yg mana sebelum ini gua macam tak berapa berkeyakinan yg beliau mampu tanggungkan seperti KETUA PENERANGAN yang sebelum-sebelum ini....kepada beliau gua mohon maaf diatas teguran-teguran yang telah gua lakukan dulu seandainya apa yg gua lakukan itu terasa disanubari beliau....

Gua doakan semoga beliau terus aktif dan aktif menulis dan berhujah serta berdiskusi akan isu-isu semasa yang belegar sekarang ini... teruskan kerja baik anda itu....

namun kini gua nak halakan serombong meriam gua kepada KETUA PENERANGAN PKR & DAP.....hangpa punya posisi nie wujud ka dak....senyap sunyi jaaa.... lanie 1 dah ok..lagi 2 masih dok senyap sunyi jaaa..jadi tunjuk2 laa kepala hangpa tuuu..sampai tak bunyi apa pon.... dah kalih dah paaa....

p/s: Bab BERSIH takyah ulas dah kot rasa2nya hangpa semua kepala lanie doh dok kat KL dah tuuuu..jadi pandai2 hangpa semua nak pie sana.. gua tunggu di depan istana.... ok..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini apa yang aku faham dari Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Jika dilihat kepada situasi terkini, dengan hadirnya titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, matlamat Himpunan BERSIH 2.0 dapat dikatakan telah mencapai matlamatnya. Cuma memorandum rasmi sahaja tidak di tangan Seri Paduka namun sememangnya di dalam pengetahuan Baginda. Matlamat kita untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 adalah untuk mendapatkan perhatian Seri Paduka bagi menzahirkan hasrat rakyat di Malaysia yang ingin agar SPR dapat mewujudkan pilihanraya yang adil dan telus di dalam hakikat yang sebenar. Dengan titah dari Seri Paduka secara tidak langsung Baginda sememangnya telah sedia maklum akan kegusaran kita tentang ketidaktelusan dan ketidakadilan SPR.

Titah Seri Paduka juga secara tidak langsung telah menempelak tindakan zalim dari kerajaan Barisan Nasional yang cuba menghalang hasrat rakyat untuk mendapat perhatian Baginda. Titah Seri Paduka juga turut menghendik salah laku kerajaan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa dan pentafsiran undang-undang secara salah oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Lebih memalukan, Baginda turut menasihatkan kerajaan di bawah Perdana Menteri agar lebih bijaksana dan adil dalam setiap tindakan yang dilakukan. Ini bermakna, Seri Paduka tidak menggemari tindakan kekerasan dan penipuan kerajaan Berisan Nasional yang dilihat kurang bijaksana dan adil dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Titah Seri Paduka dilihat tidak menyalahkan Himpunan BERSIH yang ingin diadakan memandang himpunan ini adalah sebahagian intipati yang dibolehkan bagi sebuah negara demokrasi berparlimen, di dalam hak untuk bersuara, berkumpul dan bergerak di serata pelusuk negara. Walau bagaimanapun tidak dinafikan Seri Paduka dilihat gusar terhadap kebarangkalian buruk yang berlaku jika Himpunan BERSIH 2.0 terus diadakan. Ini memandangkan terdapat dua kumpulan pelampau yang sebelum ini dengan sengaja cuba mencetus provokasi dalam dalam menggugat Himpunan Aman yang ingin dilakukan oleh rakyat, selain oleh pihak agensi kerajaan sendiri angkuh menutup pintu rundingan selain melakukan kekerasan dan tangkapan atas alasan pencegahan walaupun secara nyata melanggar undang-undang. Ini menyebabkan titah Baginda terungkap, 'Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.' yang bermakna Seri Paduka memahami niat baik Himpunan BERSIH 2.0 diadakan.

Secara nyata, titah Seri Paduka berkehendakkan kedua-dua pihak melakukan runding atas perkara yang berbangkit. Ketidakupayaan kedua-dua pihak untuk mengada rundingan mampu dilihat sebagai cuba mencemar saranan Seri Paduka.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar.