Rabu, 14 September 2011

No telepon nak potong Q buat haji...try la tengok mana tau berjaya..!!

oleh AnakKedah007

Alhamdulillah nampaknya rakyat Malaysia tahun nie berpeluang lagi 2000 orang untuk menunaikan haji.... terima kasih kepada pak menteri anak pakngah baharom kita nie.. dan satu lagi yang specialnya kat sebelah Sedaka nie mana-mana yg nak potong Q untuk pergi menunaikan haji tanpa perlu beratuq sila telepon nombor nie 0193536302... itu pun jika rasa tak malu laaa... almaklumlah kerja buat potong Q nie kerja orang yg salah guna kuasa... ada kuasa rasa besaq terus p dok depan sedangkan belambak lagi orang yang dok beratuq tunggu giliran....

gua pon tak tau laa pasai pa perkara macam nie boleh berlaku...nak buat amal ibadat kerja haji di Mekah pon main potong trip guna kabel-kabel nie....tak rasa bersalahkaaa buat HAJI guna line orang lain...dan tak rasa bersalah kaa orang yg ada kuasa dok paraid line buat haji nie kat orang yang mai potong Q nie...

apa jadik dengan orang yg tak ada kabel atau kenai orang yang boleh bagi potong Q nie..nampak gayanya berjanggut laa dok tunggu giliran tuuu lepas tu ada pulak yg ambik giliran dia maka lagi lama lagi laaa jawabnya nak pergi Mekah....

Jadi kepada yang nak potong Q pada tahun nie cuba hangpa call nombor 0193536302 nie mana tau hangpa pon boleh tergolong dalam golongan yg curi line orang nak p buat haji... try laaa kenapa tidak percaya kaaa...????

Kuota haji ditambah

KUALA LUMPUR - Malaysia memperolehi tambahan kuota jemaah sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan 28,000 jemaah negara ini, menunaikan haji di tanah suci tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pertambahan kuota itu diberi berikutan, populasi penduduk Malaysia yang kini mencapai 28 juta orang.

"Saya sudah bermesyuarat dengan pihak pengurusan haji (Arab Saudi) dan memberitahu mereka tentang pertambahan rakyat Malaysia. Mereka bersetuju untuk menambah bilangan kuota ini, selaras dengan jumlah rakyat kita," katanya selepas menghadiri sambutan Aidilfitri, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Beliau juga memberitahu, kerajaan Arab Saudi menyediakan kawasan penempatan jemaah haji yang lebih luas, selain membina lebih banyak hotel empat dan lima bintang berdekatan Masjidil Haram untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah, bagi memberi keselesaan kepada mereka untuk menunaikan rukun kelima itu.

"Sebelum ini jemaah kita ditempatkan di kawasan berjauhan (dari Masjidil Haram) dan menyukarkan mereka, tetapi kali ini dengan adanya penempatan baru, ia akan memudahkan jemaah kita," katanya.

Jamil Khir berkata, Lembaga Tabung Haji (LTH) juga membuat persiapan rapi untuk melancarkan pengurusan jemaah, termasuk menyediakan 800 orang petugas di Malaysia dan Arab Saudi.

Beliau juga meminta jemaah terutamanya warga emas supaya mengikut arahan pegawai LTH, dalam menjaga kesihatan dan keselamatan diri masing-masing semasa menunaikan ibadah itu.

Jamil Khir juga mengumumkan, bahawa Kongres Majlis Agama Islam Malaysia, yang julung kali diadakan, akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kongres itu akan diadakan pada 26 hingga 27 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku plan nak p tahun depan, agak2 nak kena tel jugak ka? booking seat, blh kot no

Tanpa Nama berkata...

ikut suka hangpa laa
try laa kot2 dapat 1st price...