oleh AnakKedah007
Gua bab berebut KERUSI nie gua dah cakap dah dulu macamana mai seattle tapi nampaknya penyakit BENGONG tu mai balik.... Luuuu Orang nie nama jaa PAKATAN tapi perangai macam haram bejadah pakat dok guna MEDIA nak habaq kat KAWAN sebelah... hangpa nie pakat apanya... Jika macam nie bukan PAKAT namanya... nie semua GILA JAWATAN jaa...
Cuba tengok sehari dua nie... PAS cara PAS... PKR cara PKR dan DAP cara DAP.... semua guna MEDIA nak tunjuk hebat sedangkan musuh UTAMA sekarang ialah BN/UMNO....
Mula PAS buat kelaku berlagak dia dok ugut KAWAN dalam MEDIA lepas tu mai PKR jawab lepas tu pecah tembelang pulak kawasan bagi tak sama rata dengan DAP... lalu DAP pulak tanya... oiiii apa nie... HANGPA ingat kami suka kelaku HARAM BERJADAH hangpa nie... hangpa dok pulun berebut KAWASAN tu ingat kami nak PANGKAH hangpa kaa.. JIKA dok buat kerja bengong macam.. hangpa nie kira kelaku lebih terok drpd BN/UMNO... depa tu gaduh2 pon tak guna media tembak sahabat...
Tapi mai yg kita PAKATAN RAKYAT KEDAH nie dok gila microphone dan wartawan.... masalah nie hangpa hingaq laa dalam MESYUARAT PEMBAHAGIAN KERUSI nuuu.. dalam tu hangpa nak tunggin langgang nak penerajang penyepak penampaq hang aku lantak laa.. belasah dalam mesyuarat tersebut... nie dak sikit2 nak masuk dalam surat habaq....
Mula PAS UGUT..
Lepas tuuu PKR jawab.
Lepas PKR jawab pecah lubang.. DAP pulak melenting...
lalu dok kalut mintak PENJELASAN..... nak mintak mintak laa apa kami peduli.. MASALAH skrg hangpa guna MEDIA riuh satu kampung tunjuk kebodohan hangpa.... nampak sangat hangpa nama ja PAKATAN tapi haram tak PAKAT pun.....
Awat susah sangat kaa nak duduk semeja lepas tu bawak berbincang dan bahagi laa macamana pun dalam mesyuarat tuuu selepas tu bila dah setuju mai habaq kat kami di bawah nie...
kami naik meluat laa pimpinan2 kelaku macam nie... macam orang BODOH jaa bila dilihatnya... cakap nak perintah negara tapi nak seattle benda macam nie pun dah huru hara dah mengata hang aku tu pun tak berani kata depan tapi guna media.....
Bermula hari nie TOBAT buang laa kelaku hebiaq nie.... fokos pada sasaran UTAMA bab masalah dalam KELAMBU nie hangpa seattle laa cara dalam KELAMBU.....
1 ulasan:
Memilih calon masa zaman kalah memanjang lebih senang dari memilih calon masa zaman menang. Dalam zaman menang ni cukup celaka, ada saja yang nak menonjol diri nak jadi calon walaupun tak layak, walaupun ahli bawahan tidak suka padanya.
Tidakkah mereka mengetahui bahawa:
Ibn Umar r.a berkata : saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (Bukhari, Muslim).
Abu Said (Abdur Rahman) bin Samurah r.a. Berkata: Rasulullah saw telah bersabda kepada saya : ya Abdur Rahman bin Samurah, jangan menuntut kedudukan dalam pemerintahan, karena jika kau diserahi jabatan tanpa minta, kau akan dibantu oleh allah untuk melaksanakannya, tetapi jika dapat jabatan itu karena permintaanmu, maka akan diserahkan ke atas bahumu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan lainnya akan lebih baik, maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang lebih baik itu. (Bukhari, Muslim)
Abu Dzar berkata : ya Rasulullah tidakkah kau memberi jabatan apa-apa kepadaku? Maka Rasulullah memukul bahuku sambil berkata : hai Abu Dzar kau seorang yang lemah, dan jabatan itu sebagai amanat yang pada hari qiyamat hanya akan menjadi kemenyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang yang dapat menunaikan hak dan kewajibannya, dan memenuhi tanggung jawabnya.
Catat Ulasan