Selasa, 19 Jun 2012

Cenge La Sikit MB & EXCO Kedah.. Letih dok layan mata tengok 'Banner NITE CLUB' nie...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Sehari dua nie gua tengok kat KEDAH rancak semula isu bab HIBURAN TANPA SEMPADAN nie....dia timboi balik banner promosi KARAOKE.. NITE CLUB..di tiang2 kat Aloq Setaq nie....awat benda lagu nie boleh timboi...kompom ada tak kena...

dah la zaman dok hingaq K-POP najib nie... last mai pulak ada benda mcm nie kat negeri kita....bab ada tu satu bab.. nie bab dok kena KUTUK dek penyokong BN dok perli kata inilah corak pemerintahan ISLAM yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan PAS Kedah....nah ambik nak jawab apa bila di katakan sebegitu...puak2 KUTUK nie masa nie la nak panggung kepala nak tenyeh kita.....



nak panggung kepala camna jika dok mai tunjuk banner camna... so far benda mcm nie dah banyak kali dah timboi dalam negeri Kedah nie.... jadi skrg yg dok heran HARAM JADAH mana yg dok LULUS kan LESEN-LESEN macam nie....

Takkan EXCO jaga Kerajaan Tempatan tak tau.... Takan MB tak mau buat satu pendekatan untuk atasi benda nie... Jika ada pegawai kerajaan yg berkhidmat di negeri Kedah tak mau bagi kerjasama sila ambik tindakan segera kerana perbuatan sebegini akan mencemarkan nama baik yg kita dah dok buat selama 4 tahun nie....

Cengei la sikit... jangan selop kepala sangat nie tengok orang macam dah pijak kepala Kjaan negeri ja nie... ada orang lain yang lebih berkuasa susun atuq bagi nama negeri Kedah nie jadi busuk....

Cuba tengok Selangor dalam dok bising rumah urut tuu sekurang-kurangnya depa ada ambik tindakan susulan... dan diserahkan pula pada mamat wayar yg jaga JAIS dahulu.. biaq depa buat kerja...baru la nampak ada tindakan....

Jadi di harap kepada pihak Kjaan Negeri Kedah hangpa celek la sikit mata dalam bab nie... bukan apa ini untuk kebaikan kita semua juga....

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri Selangor akan menguatkuasakan sistem akujanji ke atas pengusaha rumah urut dan pusat siber bagi mengelak pihak berkenaan mendalangi aktiviti tidak bermoral di premis masing-masing.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi berkata, akujanji itu membolehkan kerajaan negeri bukan setakat menyita barang tapi merampas bangunan yang menempatkan premis yang didapati terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di bawah akta kanun tanah negara.


Tiada ulasan: