Ahad, 12 Ogos 2012

AZIZAN and The gangs - hangpa buat Kerja Elok-Elok Nooo..!!

Tuuu dia dah kalah terlingkop baru dok teringat rakyat...nie rakyat sampai dok atas LANTAI apa cerita....nie semua warisan dari hangpa laa..ingatkan semua dah senang dah mai PR perintah jaa rumah tu tak ada lantai.... apa punya turrrr la hangpa.. kepada Azizan sila pastikan pihak rangkaian anda di bawah iaiatu AHLI MAJLIS, MKK dan KETUA-KETUA CAWANGAN buat kerja bagi cekap sikit... jangan dok gila makan ELAUN buta sahaja... nie rumah sampai tak ada lantai apa kejadahnya.....

ini ada sedikit cerita rakyat..

1. Di Gunung Bongsu inilah saya melihat beberapa orang kaum hawa menitis air mata atau pun merah bergenang air mata mereka. Tak dapat mereka bayangkan bagaimanalah agaknya keluarga 5 beranak ini boleh menyambung hidup hari-hari dengan rumah berlantai tanah dan hanya ada pangkin sebagai tempat duduk, makan dan tidur. Tambah sayu lagi bila mana si Ibu yang sedang sarat mengandung hanya menunggu masa untuk melahirkan.

(Tuan rumah berbaju merah, ada penyapu tapi luar dan dalam sama sahaja, kedua-duanya lantai tanah)

2. Dalam perjalanan seterusnya, antara rumah yang kami singgah ialah rumah Pak Mud di Kuala Temin, Sik Kedah. Lihatlah rumah Pak Mud, pandangan dapurnya – sama macam dapur rumah arwah orang tua saya 40 tahun yang silam – tak sangka masih ada lagi orang yang berumah macam ini.


Majlis penyerahan sumbangan kepada Pak Mud dan 5 keluarga yang lain berlansung dalam suasana yang penuh ringkas: Barang-barang sumbangan mengikut no keluarga hanya diletak di atas tanah dan tidak ada khemah tetamu serta bangku kerusi ber-alas kain menanti kami.

nak cerita lebih lanjut pie sana : http://www.moniermatdin.blogspot.com/2012/08/jjmk-wargakilang-ramadhan-2012.html

INI PESANAN KEPADA AZIZAN DAN ORANG-ORANGNYA : INGAT MASIH RAMAI LAGI RAKYAT KEDAH MEREMPAT... PASTIKAN MKK DAN AHLI MAJLIS ANDA BUAT KERJA.... KALAU TAK MAU TAK PA UMNO TENGAH DOK RAJIN BUAT KERJA AMAL NU..NANTI KAMI KALIH BAGI PADA UMNO BARU HANGPA ADA AKAI...!!

Umno Kedah pertingkat bantuan kepada rakyat

12 Ogos 2012

 ALOR SETAR - Pergerakan Umno Kedah sentiasa melipat gandakan bantuan kepada golongan memerlukan, terutama sepanjang Ramadan dengan menyumbangkan pelbagai barangan keperluan kepada rakyat di negeri ini.
   
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun tidak memerintah negeri ini, Umno tidak pernah melupakan kebajikan orang ramai kerana menyedari tanggungjawab itu perlu diteruskan setiap masa.
   
"Setiap tahun bilangan yang menerima bantuan sentiasa bertambah, pada tahun ini di setiap kawasan Parlimen, Umno Bahagian secara purata memberi bantuan kepada 5,000 keluarga," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
   
Beliau berkata keseluruhannya bagi 15 kawasan Parlimen, bantuan diberikan kepada kira-kira 75,000 keluarga yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, golongan miskin dan mualaf.
   
Ahmad Bashah berkata di kawasan Parlimen Padang Terap sahaja hampir 6,000 orang menerima bantuan manakala di Baling, pada Khamis lepas seramai 2,000 mendapat sumbangan yang disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
"Umno adalah parti yang sentiasa membela nasib rakyat, tidak seperti pembangkang yang memberi sedikit bantuan kepada orang mereka sahaja tetapi heboh canang merata seolah mereka telah menjaga kebajikan rakyat," katanya. - Bernama


7 ulasan:

anakrajabugis berkata...

masa umno perintah dulu, sekoq pun umno tak turun padang, la ni dah jadi pembangkang baru pandai buat keje, bagus juga..

Tanpa Nama berkata...

serupa la sapa perintah pun rakyat dok lagu tu juga . sampai rakyat tidok ats tanah pun hampa taktau .

Tanpa Nama berkata...

serupa la sapa perintah pun rakyat dok lagu tu juga . sampai rakyat tidok ats tanah pun hampa taktau .

Telok Bakong berkata...

aku dah dengar cerita lantai tanah ni di Kedah,..dah lama dah..sejak dari tahun 1990an..mula mula tak percaya..tapi yang beritau tu adalah member yang bekerja dengan amanah ihktiar..kerajaan negeri kena gigih lagi memberi bantuan kepada rakyat..bukan sebab nakkan sokongan tetapi sebagai amanah..

Mohd Monier Bin Mat Din berkata...

salam,

Saya Monier Matdin yg dipetik blog saya untuk diskusi di sini nak maklumkan satu benda di sini. Di beberapa tempat di Negeri Kedah ni, yg menjadi jambatan kami, yg tolong cari dan tunjukkan org2 susah untuk diberi bantuan oleh kwn-kwn kilang kami ini....ialah tak lain tak bukan abang2 dan pakcik2 MKK kita. Di kawasan2 kg yg UMNOnya kuat, yg membantu kami ialah geng2 JKKP. Makna kata dua-dua tolong kami, MKK dan juga JKKP. Harap maklum. (nota, MKK yg paling gigih yg saya dok nampak takat ni hingga sanggup korbankan elaun depa utk bantu org2 miskin ni ialah di sebelah Penaga Penang & Kota Kuala Muda/Pulau Sayak Kedah....hebat depa-depa nu...)

AnakKedah007 berkata...

TQ monier.. saya sebenarnya ralat macamana benda mcm nie boleh ada...sampai tak ada lantai takan tak boleh ikhtiaq kot simen 3 bag + pasir setengah lori tak habih 200 rasanya... lepas tu kerah anak muda dan ketua cawangan mai buat gotong royong selesai masalah...ini yg patut mereka fikirkan..kreatif sikit kita sedang memerintah nie..bukan pembangkang lagik.... bab mereka menjadi jambatan tu saya ucapkan berbanyak terima kasih...takan nak harap sumbangan shj.. MKK kena lah kratif spt di katakan tuu...cth lagi masa ramai2 sahabat pergi tu apa kata ada inesetif beli simen dan pasiaq pakat2 gotong royong bubuh lantai rumah makcik tuuu..itu yg terbaiknya...

Tanpa Nama berkata...

Yang sokong kenyataan bahawa azizan kenna kerja keras. Lebih baik kalau pas melon atman rakan2 terutamanya dap. Jangan asyik membuli sahaja. May tandingi 24 kerusi. Boleh sapi semua Ke. Anyway, perangai macam tu, saya guarantee pas kalah teruk macam Kat Terengganu. Sampai sekarang pas tak mampu merampas Terengganu.
Ini semua takdir Allah kalau pas tak tukar perangai kedah Akan jatuh di tangan umno