Sekadar berkukok seorang diri.. Ajak face to face untuk debat semua menikus |
Tanda yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan keseluruhan kepimpinannya.
Banyak pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan.
Segala kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu.
Betul lah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang 'natural' dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana.
Ahli-ahli serta penyokong-penyokong tegar UMNO masih dalam sindrom penafian dan masih bertegas mengatakan UMNO akan menang dan ada yang mengatakan yang parti itu akan mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Parlimen kali ini. Tetapi hakikatnya tindakan mereka hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja kerana keadaan sebenarnya adalah di sebaliknya.
2 ulasan:
PR sekarang ni di luar pun jijik di dalam pun jijik,,,,,,,,NAK MERENTAH MACAMANA KARPAL HENTAK CIKIT DAH TARIK,,,,,GUA TAK CAYA,,
TARIK apa kan PAS masih tetap dengan keputusan MAJLIS SYURA...hgpa tu lajijik sampai GADAI NEGARA DENGAN BAGI IC FREE kat wargaasing...tu pon jangan dok bangga situ laaa
Catat Ulasan