Isnin, 11 Februari 2013

Bakal MB Kedah dengki sebab ahli PAS tak ada lompat parti...

JIKA ini yang dapat menghalang dari LOMPAT habis apa masalahnya.....
Masa nak jadi YB nak dapat JAWATAN atas nama PAS tetiba bila dah tak suka
mau lompak pie kat orang lain pulak....

Satu lagi sebelum berbaiah kenapa mereka sanggup menerima semua itu....

Baiah Pas: Talakkan isteri

Mukhriz Tun Mahathir memakaikan vest Skim Rondaan Suka Rela kepada Khairol Azizi Ismail dengan di bantu oleh ADUN Kota Seputeh Abu Hassan Sharif (dua kanan) pada Majlis Perasmian Skim Rondaan Sukarela Batu 1 Jalan Sanglang-Kodiang, di Jelun di Kedah, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid

JERLUN 10 Feb. - Ada dalam kalangan ahli Pas yang berbaiah akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga jika mereka berhasrat meninggalkan parti itu.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, berikutan baiah seumpama itu ia menjadi antara kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan Pas untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.

"Pelbagai isu yang timbul seperti kalimah Allah dan DAP lebih menonjol dalam menentukan hala tuju pakatan pembangkang membuatkan semakin ramai ahli Pas tergerak hati untuk bersama perjuangan UMNO.


Tiada ulasan: