Ahad, 12 Mei 2013

PACA & Borang 13 & 14..???


Hangpa tau ka menatang apa PACA dan Borang 13 , 14 nie... kami sebelum nie tak la dok bercerita bab nie ingat BUKIT UHUD dah sediakan semua kefahaman bab benda nie..

Tapi bila kekalahan berlaku dan salah satu punca kekalahan dari pada pandangan kami ialah penyedian PACA yang kurang pengalaman menyebabkan kita kalah... ini post moterm kami hangpa nak pakai atau tidak itu terpulang...

Sepatutnya, kaedah pengiraan sama di semua Pusat Mengundi sebab ianya SOP SPR.

Semoga thread ini membantu semua yang ada kemusykilan terutama yang mengatakan peti undi ditukar, kertas undi ditambah, blackout dan sebagainya.

PROSES BERLAKU UNTUK PENGIRAAN UNDI SEPERTI YANG DI CERITAKAN OLEH SAHABAT INI YANG MENJADI KETIA TEMPAT MENGUNDI [KLIK SINI]

Jam 5.00pm
  1. Pusat mengundi ditutup.
  2. KTM akan menutup pintu Pusat Mengundi.
  3. KTM menutup pintu kotak undi seterusnya menyita dengan tali dan strip plastik SPR.
  4. KTM akan menampal stiker di tali yang digunakan untuk mengikat peti undi.
  5. Wakil2 calon dari parti bertanding akan dipanggil untuk menyemak sitaan yang telah dibuat dan menandatangani stiker yang telah disediakan sekiranya berpuas hati dgn sitaan tersebut.
  6. KTM menyediakan borang 13, dan diserahkan kepada wakil calon untuk disemak. Setelah berpuashati, wakil2 calon akan menandatangani borang 13 tersebut. Sesalinan borang 13 akan diberi kepada setiap wakil calon.
  7. Wakil calon untuk pengiraan undi masuk atau wakil calon telah sediada di dalam Pusat Mengundi menunjukkan watikah perlantikan dan surat sumpah kerahsiaan.
  8. Kerani2 Pusat Mengundi menyusun perabot bagi tujuan pengiraan undi.
  9. KTM akan bertanya kepada wakil calon samada untuk membuat pengiraan serentak atau satu persatu antara peti parlimen dan dun.
  10. Sekiranya pengiraan serentak berlaku, wakil calon akan diasingkan antara parlimen dan dun.
  11. KTM akan meminta setiap wakil calon untuk memeriksa setiap kotak yang disediakan bagi tujuan penjumlahan undi iaitu kotak parti yang bertanding, kotak undi yang belum dikira, kita undi ragu dan kotak undi tolak dalam keadaan kosong.
  12. KTM akan membuka sitaan yang dibuat di hadapan setiap wakil calon, seterusnya akan menuang kandungan peti undi kedalam kotak undi belum dikira.
  13. kerani Pusat mengundi akan membuka satu persatu kertas undi dan melaungkan apa yang ditanda oleh pengundi. Proses ini dilakukan dihadapan setiap wakil parti yang bertanding.
  14. Kertas yang telah dibuka dan dilaungkan akan dimasukkan kedalam peti yang sepatutnya, samada peti parti politik, atau peti undi ragu atau peti undi tolak.
  15. Proses ini dilakukan sehingga kesemua kertas undi di dalam kotak undi belum dikira dibuka sepenuhnya.
  16. Kerani Pusat Mengundi akan memproses kertas undi ragu dengan berpandukan buku panduan dan persetujuan setiap wakil calon. Kata pemutus adalah pada KTM bagi masalah kertas undi yang tidak dapat diselesaikan oleh wakil-wakil calon.
  17. Kertas undi ragu yang telah selesai diproses akan dimasukkan ke dalam kotak yang sepatutnya samada kotak parti2 politik atau kotak undi tolak.
  18. Kerani Pusat Mengundi akan mengumpulkan kertas undi dalam kiraan 10 helai setiap ikatan.
  19. Kerani Pusat Mengundi akan menjumlahkan kertas-kertas undi yang telah diikat kepada 10 helai untuk mendapatkan jumlah keseluruhan setiap kotak.
  20. Keputusan diperolehi.
  21. KTM menyediakan borang 14, wakil calon akan diminta untuk membuat semakan kepada borang 14 dan ianya hendaklah selaras dengan Borang 13 yang awal tadi.
  22. Sekiranya setuju, wakil calon akan menandatangi Borang 14. Sesalinan akan diberi kepada setiap wakil calon.
  23. Kerani Pusat Mengundi akan menyusun semua peralatan dan dokumen yang digunakan dan dimasukkan ke dalam sampul2 yang telah ditetapkan.
  24. KTM memasukkan kesemua sampul yang menganduni peralatan dan dokumen ke dalam peti undi dan disita semula.
  25. Wakil calon diminta memeriksa peti undi yang telah disita dan menurunkan tandatangan di atas stiker yang telah disediakan.
  26. Proses pengiraan dan penjumlahan undi selesai.
  27. Wakil calon keluar dari Pusat Mengundi bersama2 SPR atu berasingan.


Ini adalah pengalaman aku semalam dan 2 PRU sebelum ini.
Semoga penerangan ini jelas dan memberi pemahaman kepada semua.

*Ketua Tempat Mengundi

== Persoalan==

S : Aku nak tanya...possible atau tak berlaku peti undi ditukar, kertas undi ditambah...waktu pengiraan undi mesti ada wakil calonkan dan mereka mesti boleh memantau perkara ni..

J : Tidak. wakil calon sentiasa ada dalam Pusat Mengundi.
kalau nak tukar peti, perlu tahu keputusan terlebih dahulu.
Buat apa nak tukar peti yang x tahu keputusannya.
Borang 13 dikeluarkan sejurus Pusat Mengundi ditutup dan peti disita.
Masa ni wakil calon masih ada lagi.

S :
sape penah tgk salinan tersebut?? dah name pun salinan..xkan xbwk blk..cari kat fb pun xjmpe..
yg ade pun dlm bahse cine..


J : x sempat nak fotostat.
dah bagi pada Jentera BN Bahagian untuk rekod.
Borang 14 pun sama.
wakil calon x sepatutnya simpan,
patut bagi jentera parti untuk kumpul dan matchkan dengan keputusan SPR di Pusat Penjumlahan undi.

S : mengapa terjadi recount dan berapa kali max recount yg dibenarkan
mengikut pengalaman bkn petugas, pru sblm ni masanya sampai pukul 5 juga, jumlah pengundi pun xbyk beza, tapi kptusan dpt diketahui lebih awal sblm jam 9 mlm...kenapa kali ni makan sampai pukul 2-3 pagi? jauh beza tu
pusat penjumlahan undi dibuat dimana,adakah ditempat mengundi atau perlu dibawa kesatu tempat lain dan dikumpulkan barulah dikira atau berbeza disetiap tempat mengikut keadaan dan situasi


J : recount terjadi disebabkan permintaan wakil calon dengan syarat jumlah perbezaan undi antara yg menang dan yang kalah, 4% atau kurang.
Recount hanya sekali sahaja.
Keputusan sebenarnya diperolehi setelah borang 14 keluar.
yang lama adalah petugas spr nak menyusun dokumen dan peralatan ke dalam sampul dan memasukkannya ke dalam peti yang disediakan.
pengalaman aku, ini yang lama. maklumlah, benda 5 tahun sekali, petugas2 spr ni pulak diberi kursus mungkin kurang dari 3 kali, praktikal pun mungkin x.. jadi, terkial2 membaca buku panduan dan menyusun.
lagipun, selagi peti x disita, wakil calon x boleh keluar. kalau nak keluar juga boleh, tapi x boleh masuk balik untuk check peti dah disita secara betul atau x.
ini yang makan masa panjang.
bagi solan seterusnya, ada dua istilah yang perlu difahami,
pusat mengundi/pusat mengira undi dan pusat penjumlahan undi.
pusat mengundi dan pusat pengiraan undi adalah dua tempat yang sama, manakala pusat penjumlahan undi adalah tempat yang lain, yang telah diwartakan bagi mengumpul kesemua peti undi yang telah dikira dalam parlimen tersebut.
berkenaan pusat penjumlahan undi, kebiasaannya di dewan2 kerajaan tempatan yang telah diwartakan. satu dewan bagi satu parlimen.
kertas undi dikira di pusat mengundi.
di pusat penjumlahan undi, hanya borang 14 sahaja yang dikumpul dan dijumlahkan.

S : ade siap naik teksi lagi...
soalnya,kenapa xgunakan tect,kenapa perlu usung kesana kemari?


J : KTM akan bawa peti undi.
sebagaimana peti datang ke pusat mengundi, mcm tu juga la peti dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi.
diiringi oleh polis.
wakil calon dibenarkan ikut.
tapi kereta lain.
lagipun, setiap wakil calon dah ada salinan borang 14 tu, setiap seorang....
kalau tukar kertas undi pn x apa, sebab borang 14 sahaja yang digunapakai di Pusat Penjumlahan undi....

S : kenapa gap yg besar antara pru 08 dan pru 2013 ni dari segi memperoleh kptsn penuh di setiap dun dan parlimen, adakah disebabkan oleh recount atau bantahan dari wakil parti atau bagaimana, lambat sejam pun dah nampak pelik,inikan pula lambat berjam2, apa mslh sebenarnya yg posible menyebabkan kelewatan yg amat sgt ni... jika isunya borang 14 lambat sampai, alasan ni hanya boleh dipakai di sabah sarawak sbb kawasan sana besar dan luah,jd boleh kata jauh,tp disana dulu kita dapat kptusan, disemenanjung yg cenonet ni kenapa boleh lewat pulak

J : 1 lg sebab kelewatan, wakil calon minta kira satu peti, satu peti.
bukan serentak antara peti parlimen dan dun.
boleh bayangkan, satu peti dalam 400 pengundi memerlukan masa hampir satu jam, untuk siap dikira.
belum kemas dokumen dan peralatan.
satu saluran ada dua peti, parlimen dan dun.
satu saluran ada lebih kurang 500 pengundi.

S : Bagaimana nak pastikan setiap ikatan memang sepuluh undi?
ada borang 13,


J : borang 13 diberi sebelum peti dibuka..
dlm borang 13, dinyatakan berapa buku kertas undi diterima ktm,
berapa yang dikeluarkan/diberi pd pengundi..
berapa yg rosak
berapa baki yang belum dikoyak..
so, dapat berapa jumlah kertas undi yg sepatutnya berada di dalam peti undi yg belum dibuka tu..
borang 13 ni pun, setiap wakil calon semak dan kalau setuju sign..
setiap wakil calon pun dapat salinan borang 13.
kalau kerani undi salah kira, bukan 10 keping, maka penjumlahan akan jadi lain, samada berkurang atau bertambah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana boleh jawab tukar kertas undi pun tak apa. sepatutnya wakil calon naik kereta polis juga mana boleh naik kereta lain.tukar peti undi tau ke tak tau ke itu soal lain yang ditanya boleh jadi ke peti undi ditukar.yang duk blek out pasai apa cek oi . ada kes ktm suruh orang keluar tu pasai apa itu kes lembah pantai apa pula .yang penting cegah lebih penting difikirkan pada pru14

Admin berkata...

sebab itu kami timbulkan persoalan PACA..sebab dilihat banyak kelompongan yg wujud keatas jentera PACA kita....

bab nie nak salahkan siapa.. takan nak salahkan UMNO BN & SPR juga...

kerja buat mereka kita dah tahu tapi apa kerja buat kita..???